Wednesday, May 9, 2012

Kecantikan dan kepentingan antioksida untuk kulit

Pernahkah anda mendengar tentang antioksida? Dalam beberapa buah buku berkaitan suplimen yang saya baca, banyak yang menyentuh tentang antioksida. Pentingnya antoksida ni sehingga ia menjadi elemen asas dalam dunia suplimen di mana tanpanya..sel2 dan badan kita ni akan menghadapi masalah. Dan pagi ni saya nak bercerita tentang kepentingan antioksida untuk kulit. Saya share kan dari link ni masa blog walking pagi ni. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua..

_______________________________________________

Kecantikan melalui kulit dan kebaikan antioksida

Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan menganggu kecantikan secara nyata.

Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit. Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan kulit itu sendiri.

Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Sistem utama bagi menjamin kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan dengan itu pengambilan nutrien adalah amat penting.

Kecantikan dan kepentingan vitamin mineral 

Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.

Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia menyerupai fungsi vitamin E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas dalam tubuh serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.

nutrien dan kecantikan

Mineral seperti selenium dan zink turut memainkan peranan sebagai antioksida.Selenium diperlukan dalam pembentukan enzim glutasi peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas.

Pengambilan selenium organik adalah disarankan kerana ia semula jadi dan selamat. Manakala zink pula merupakan nutrien mikro yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi imuniti, kesihatan kulit dan penyembuhan kulit atau luka.Secara luarannya, anda turut disarankan agar memakai krim pelindung sinar UV yang sesuai ketika berada di luar rumah.

Tu dia....keterangan yang jelas lagi berseluh. Semoga memberi manfaat kepada kita semua...

Dan saya nak share berkenaan vitamin2 antioksida dan untuk kecantikan kulit ni boleh diambil dari produk Shaklee...Ia adalah produk yang berkualiti tinggi..dijamin selamat, berkesan dan mesra alam..ni saya nak share gambar vitamin E dan ESP serta GLA ye...yang boleh bantu masalah kulit...




Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut...

Boleh hubungi saya Huda Shaklee atau sms/whatsupp 014 8248369 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
kredit : zahirahhafizan 

0 comments:

Post a Comment

 
;