Sunday, June 24, 2012 0 comments

ESP memang PROTIN yang SUNGGUH HEBAT! Bukan sekadar banyakkan susu ibu..malah...boleh elak gastrik dan LEBIIIHHH daari itu~


Salam jumaat untuk semua...camni semangat anda hari ni? Dah pikir nak weeken ke? Hehe...kalau kat miri ni..ramaai dh start cuti..sebab nak balik kampung masing2 sempena gawai next week..dahla petronas bagi cuti termasuk weken tu sume 5 hari...memang sape2 yang keje di sarawak sedang bermusim cuti:)..saya bukan nak cerita tentang cuti...tapi saya nak cerita tentang ESP dan set breastfeeding Shaklee...hehehheee..saya sangat excited bila baca testimoni dari kawan2 yang dah gunakan set ni...mak aiii..memang meletop lah!! Jom tengok apa kata beliau dan jom kita tengok susu beliau~
















Nampak tak stok susu ni??Hmmm..sape tak teruja kan..tapi....bukan dengan mengambil vitamin semata2 yang membuatkan susu automatic menjadi banyak...konsep supply versus demand mesti betol2 difahami...ada yang sms saya..'ira...kalau i tak pam susu ok ke? macam tak sempatlah...banyak keje....'..hmmm...kalau tak pam..camne nak susu banyak? bukan terus susu tu boleh masuk dalam botol susu kan?hehehee...nak bagi susu terbaik untuk anak..kita mesti berkorban..korban tidur...korban masa..korban tenaga..hatta korban duit untuk beli vitamin terbaik untuk banyakkan susu...demi anak...haiiii..nape nak beli vitamin kita berkira...tapi kalau nak beli baju lawa2...tak berkira pula...mana lagi penting...baju atau kesihatan? Hhehe...


Ada juga yang emel saya...'dear....susu i merudum sungguh2 ni...camne ye..sebab anak taknak isap?'...saya tanya balik...'anak u tu minum apa kalau tak nak isap susu u...direct feeding pon?' jawapannya?? 'Anak i minum formula..i bagi dia kenyang2..'...aduhai ibu.....memanglah...dah kenyang...dia nak minum camne lagi susu u....nilah....fikir kita tak mampu nak susukan anak..kita berikan dia formula...padahal sebenarnya kita sangat mampu untuk susukan anak kita dengan susu kita..mindset penting ye ibu2.....apa kita fikirkan itulah kitaa...renung2kan...


Ok...ni saya nak share tentang ESP pulakkkk...huhuhuhu....memang HOT!!MARVELLOUS!!SPEECHLESS dengan ESP ni..memang BEST!! Ia sesuai untuk semua orang...lelaki mahupon perempuan~ dewasa mahupon waraga emas~















Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut...


Boleh hubungi saya di Facebook Huda Shaklee atau sms/whatsupp 0148248369 untuk sebarang pertanyaan:)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


credit pic and comment from SGL group and iffah


kredit kak ira 
Saturday, June 23, 2012 0 comments

Shaklee MAHAL?? X lah.. JOm kita buat kira-kira

By : Hafsah Mardhiah

SHAKLEE MAHAL KE??Ada yang teragak-agak nak beli Vitamin Shaklee.. Kononnya mahal sangat.
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?

--------------------------

Sustained Release Vitamin C 500mg

Harga 1 botol Vitamin C Shaklee RM90* (average)
180bj, untuk 6 bulan
1 bj hanya RM0.50 sen sahaja.
1 bj vitamin shaklee = 7 1/2 bj buah oren
1 Bulan hanya RM15* sahaja (average)

Bandingan buah oren
1 kilo average RM5 = 6 bj buah oren~
1 biji buah oren = RM0.83
7 1/2bj buah oren = RM6.23
1 bulan = RM186.90



 

Untuk mendapat khasiat yg sama 7 1/2 biji buah oren (500mg vitamin c sehari) anda perlu berbelanja RM6.23 sehari (dengan makan buah oren), tp dengan vitamin C shaklee hanya RM0.50* sen shj :) Jadi anda jimat RM171* ;)

Jadi apa pendapat anda?
Harga Shaklee setanding kualitinya.. Vitamin yang DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ;) 


Jangan tertipu dengan tanda harga. Teliti betul2. Kadang-kadang yang kita selalu llihat di farmasi murah, tp rupanya hanya 30 biji untuk sebulan.  Rupa-rupanya juga vitamin sintetik, bukan semulajadi pun. Kan dan tertipu!!!


haaa tu dia..penjimatan yang hebat dari shaklee
anda ingin nikmati kebaikan vitamin shaklee?
jom pm Facebook Huda Shaklee 
@ 0148248369..jom jom order 
Friday, June 22, 2012 0 comments

Susuibu : kesinambungan makanan bayi sejak dari dalam kandungan.


“ Rahim adalah tempat terbaik untuk pembesaran bayi sehingga 9 bulan dalam kandungan. Ini kerana ia mendapat secukup khasiat dari pemakanan si ibu. “


Bila kenang semula, terlintas di fikiran saya....

Bila bayi dalam kandungan, si ibu akan berusaha menjaga pemakanan, mengambil vitamin supaya baby terus membesar dengan sihat dan kesihatan si ibu turut terjaga. Rata-rata ibu yang saya kenal, mereka concern dengan apa yang mereka makan, amalkan, cara hidup sihat supaya anak dalam kandungan itu membesar dengan baik dan sihat.
Apabila bayi lahir, segolongan besar masih dengan prihatin dengan keperluan pembesaran anak maka dengan ini mereka nekad untuk member yang terbaik iaitu susuibu.

Sayangnya penyusuan susuibu dianggap remeh oleh sesetengah pihak termasuk doctor yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Memang benar, apabila bayi telah dilahirkan ibu mempunyai pilihan untuk memberi susuibu [ meneruskan pemberian zat makanan melalui apa yang ibu makan] atau member susu formula.
Namun hanya segelintir sahaja ibu yang prihatin tentang pemakanan mereka. Hakikatnya penyusuan susuibu bukan sekadar bercerita tentang kuantiti hasil perahan semata-mata tetapi nutrisi yang disalurkan adalah paling penting.
Oleh kerana demikian, suami saya sering mengingatkan makan yang bagus, makan yang baik, makan yang berkhasiat agar anak dapat membesar dengan sihat dan baik.
Sejak mengandung saya amalkan protein, multivitamin, b complex, vitamin c dan kalsium. Ini saya teruskan sampailah penyusuan lengkap 2 tahun ke atas.

Apa manfaat setiap ini?

Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien. 
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.



 Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.

B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.

Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.

 Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Anda ingin miliki set yang menjadi setiap ibu bf ini?
pm saya Facebook Huda Shaklee
/ hubungi saya 0148248369 

0 comments

Cara Atasi Susu Ibu Kurang


Bagi ibu yang menyusukan anak, terutama ibu bekerja, masalah yang paling utama dan kerap dihadapi ialah bila susu ibu kurang dari biasa. Biasanya ibu mengalami keadaan susu ibu kurang bila:
  • Ibu dah mula bekerja 
  • Ibu mula kedatangan haid
  • Puasa
  • Ibu tidak konsisten mengepam susu
  • Anak mulai makan dan kurang menyusu
  • Ibu outstation dan kurang mengepam susu
  • Ibu mengandung lagi
  • Ibu mengambil ubatan tertentu
  • Ibu dalam keadaan stress
Walau bagaimanapun, konsep penyusuan ialah "bekalan berdasarkan permintaan" jadi selagi ada permintaan (hisapan anak atau pam), susu ibu akan terus ada (sekiranya ibu mengepam dan menyusukan anak).

Susu yang cair atau pekat bergantung kepada cuaca, umur anak dan praktik ibu. Misalnya ibu yang suka mengepam semasa payudara bengkak akan dapati susu badan yang diperah kelihatan cair. Susu ibu adalah susu paling berkualiti, walaupun ibu sendiri kekurangan nutrisi.

Namun, sebagai wanita masakini yang multitasking, ibu ada pilihan untuk menjalani hidup yang lebih baik dengan pengambilan supplement. Bukan sahaja ia membantu dalam kehidupan harian (dalam hal mempercukupkan zat yang kurang) tetapi juga melancarkan proses penyusuan. Misalnya, susu ibu mungkin kurang bila ibu stress atau tertekan. Jadi, pengambilan B Complex sangat bagus untuk melegakan tekanan pada badan dan otak.

Ibu bukan sekadar ibu, ibu juga adalah isteri, anak, kakak kawan, pekerja dan banyak lagi peranannya. Jadi ibu memerlukan sokongan yang kuat. Lebih-lebih lagi di zaman yang terlalu banyak pencemaran.

Jadi, pilihan untuk mengambil suplemen adalah sangat tepat bagi ibu yang sentiasa kepenatan. Antara pilihan ialah:

  • Vita-Lea
  • B Com
  • Vita-C
  • Ostematrix
  • Energizing Soy Protein
  • Alfalfa

credit VitaminSemulajadi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.

 
Berminat nak cuba vitamin yang laris ini?
pm d facebook huda Shaklee
@ call/sms 0148248369
Thursday, June 21, 2012 0 comments

Persediaan untuk berpuasa terutama utk ibu menyusu..






Sedar tak sedar tak sampai 1 bulan kita akan menyambut Ramadhan. Ramai yang dalam mood mengganti puasa sekarang ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan keupayaan untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang menyusu, mereka merasakan perlu membuat backup stok yang banyak kerana khuatir production susu akan terjejas. Tak kurang juga, yang bertanya, apa vitamin tambahan yang diperlukan untuk support badan dan susu ketika berpuasa.

Tips menyusu dan berpuasa


Persediaan Mental dan Rohaniah
Baru-baru nak puasa memang badan pada tahap nak biasakan diri. Bagi kebanyakkan orang akan rasa lapar dan dahaga terutama pada hari pertama. Jadi, wajib kita mendekatkan diri dengan Allah supaya sentiasa tenang dan sabar menjalani ibadah berpuasa ini
  • pelihara solat wajib
  • berjinak-jinak dengan solat sunat seperti dhuha kerana banyak rahmatnya
  • dibulan puasa of couse la terawih walaupun hanya dirumah.
  • basahi lidah dengan zikirkurangkan bercakap perkara sia-sia
Persediaan Fizikal
Walaupun ketika berpuasa, tubuh badan kita akan tetap menjalankan fungsi2 asas cuma kilang memproses makanan,rehatlah sesi siangnya. Keperluan asas badan adalah air, sumber protein,karbohidarat, lemak untuk sumber tenaga dan vitamin sebagai pelengkap nutirien dan menjana aktiviti badan. Jadi semasa berbuka puasa pastikan anda mengambil makanan seimbang dan kaya serat. Sepanjang malam dan sehinggalah ke sahur, kerapkan minum air kosong untuk bekalan hari esok juga.

Ketika berpuasa, untuk mendapatkan faedah kesihatan yang optimum dan menyokong badan ibu yang menyusu, Shaklee mengesyorkan

  • PERFORMACE DRINK: mengekalkan air dalam badan dan menbantu mencegah penhidratan.
  • VITALEA: menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap walaupun berpuasa dan membantu fungsi badan.
  • B COMPLEX: menukarkan bahan kepada tenaga dan membantu proses metabolism badan
  • VITAMIN C: menguatkan antibody dan bantu dari serangan penyakit
  • ENERGIZING SOY PROTEIN:sumber protein yang sihat untuk pembinaan tubuh berterusan, memberi tenaga untuk kecergasan, memberi rasa kenyang, membantu penyusuan ibu.

Lebih pilihan dan tambahan bagi yang berkemampuan
  • MEALSHAKE: pilihan rasa vanilla yang enak. Sumber protein untuk bekalan tenaga, dan memberi rasa kenyang
  • LECITHIN: membantu pecah lemak dan proses penyerapan vitamin. Jadi boleh kurus dan sihat juga.
  • GLA: membantu sistem hormon badan berjalan dengan lebih baik. Sangat sesuai untuk orang yang hadapi period yang tak menentu dan lebih baik dari EPO(evening primrose oil)
Untuk jadual pemakanan sepanjang berpuasa, sila email untuk mendapatkannya bagi pelanggan
sekiranya berminat sila pm Facebook Huda Shaklee
@ hubungi 0148248369

Wednesday, June 20, 2012 0 comments

Berpuasa tanpa mengganggu penghasilan susu ibu. ~Jadual Makan Vitamin ketika berpuasa

Memandangkan ramai ibu2 yang ada bertanya risau jika ganti puasa akan menjejaskan pengeluaran susu ibu.. dan bagaimana cara makan vitamin yg sesuai supaya tak efek penghasilan susu... hmm., nak jawab cemana ek.. disini saya paste balik entry saya yang dulu2 yg sy tulis tahun lepas.... dicopy dari entry ini.. layann
__________________________________________________

Bulan puasa tak lama lagi dah kan?..ni pun dah masuk bulan rejab..so ramai yang dah start nak berpuasa..dan kepada ibu2 yang dah mula bertanya pada saya..apa nak makan untuk mengekalkan pengeluaran susu dan kekal bertenaga...jgn risau..….… jika mengamalkan makanan seimbang….insyaAllah takkan jejaskan pengeluaran susu….Cuma bila kite berpuasa..kita akan lebih letih dan dehydrate(kurang air)..jadi bila terlalu letih dan tidak bertenaga…ni yang buat kurang mood,stress..dan impak yang buruk atas penghasilan susu…Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan makanan tambahan……especially.. soy protin (ESP) dan Performance Drink…

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:Sebelum/Semasa berpuasa:
§ Amalkan pemakanan seimbang.
§ Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
§ Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin
§ Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
§ Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
§ Ceria2 selalu.
§ Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress
§ Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar

Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :
Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma

testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun. ~kak cery

Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...bolehla jadikan jadual ni sebagai rujukan...Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.
Waktu Sahur:
  • Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
  • Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
  • Minum segelas Prfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
  • Berbuka dengan juadah berbuka..with kurma..amat digalakkan
  • Minum segelasPerformance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
  • Mkn 1 bj vitalea, 1bj bcomplex 1bj vita C
Sebelum tidur:
  • (1) Amalkan minum segelas ESP.
  • Makan ostematrix 2-4bj dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA

Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan.Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Nanti saya bgtau tips makan kurma bersama fresh milk ditambah soy protin (amalan orang arab supaya kekal bertenaga sepanjang hari..tungguuu)....hmm..mesti ramai nak tahu apa itu performance drink kan?..baca disini.minuman ni bukan je utk ibu mengandung atau menyusu...TETAPI SESUAI UNTUK SEMUA... (ala2 jus tang perisa oren..... i like...)..
Kredit : mamafaiz.com

Berminat nak cuba vitamin yang hot sepanjang zaman ni?
jom jom pm Facebook Huda shaklee
& hubungi 0148248369 
0 comments

Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu

Ada ibu-ibu yang bertanya, kenapa susu yang dipam sangat cair? Tidak seperti orang lain yang nampak agak pekat. Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. 

Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan  hindmilk.Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..



Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
Apabila breast mula kosong, butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan. Semakin banyak lemak dikeluarkan maka susu akan jadi lebih pekat.
Sebab itulah sangat digalakkan ibu menyusu atau pam 15-20 minit supaya bayi dapat hind milk yang lebih berkhasiat. Dan sebab jugalah itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering... Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! 

Selain kekerapan mengepam dan kosongkan breast, pengambilan minuman protein Energizing soy protein juga boleh membantu menambah kepekatan susu. Kerana antara komponen utama dalam susu ibu adalah protein. Jadi ESP tutut dapat  memekatkan susu (dengan syarat kerapkan pam yer!!)


Sumber : Hafsah Mardhiah

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Berminat? sila pm Facebook Huda Shaklee
@ sms & call 0148248369 
Tuesday, June 19, 2012 0 comments

Nak banyakkan susu masa dalam pantang


Semenjak saya berniaga shaklee, banyak ragam ibu-ibu yang saya jumpa. Alhamdulillah, ia mengajar saya supaya lebih banyak menambah pengetahuan supaya dapat consult ibu-ibu dengan baik. Malah ia juga banyak mengajar saya untuk bersabar dan banyak mendidik nilai-nilai dalam diri.
Mungkin kerana itulah Rasulullah mengatakan 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Malah mengajar saya supaya lebih dekat dengan Allah, dan yakin bahawa rezeki itu sepenuhnya milik Allah. Rezeki tu bukan sahaja wang, tapi juga kesihatan, makanan dan apa sahaja yang kita dapat manfaat darinya.
Ramai ibu-ibu yang menghubungi saya untuk banyakkan susu masa dalam pantang, atau lepas bersalin terus nak banyak susu. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah konsep asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply, semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil. Bukan bila makan shaklee, lepas bersalin terus susu turun mencurah-curah ya.
Penghasilan susu juga bergantung pada hormon, jadi selepas melahirkan badan akan develop keupayaan untuk menghasilkan susu. oh ya, tak lupa juga perut bayi baru lahir sangat kecil, cuma sebesar 1 biji kacang pea. Jadi kalau susu turun mencurah2 tercekik la dia. Hebatnya kuasa Allah, susu akan terhasil mengikut keperluan bayi. Semakin besar perut bayi, dia akan minum lebih banyak lagi, maka susu pun akan terhasil dengan lebih lagi.
Bila payudara kerap dikosongkan ia akan menghantar signal kepada otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan kerana sentiasa ada demand. Sebab tu kalau perasan bila kita kerap miss masa pam, atau pam lambat dari biasa, maka penghasilan akan berkurangan sedikit demi sedikit. Ambillah sebanyak mana milk booster pun, sekiranya konsep asas ini tidak difahami, ia tidak akan dapat membantu anda untuk jangkamasa panjang.
Supplemen Shaklee membantu ibu kekal sihat dan segar kerana memenuhi semua nutrient yang diperlukan. Apatah lagi masa berpantang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Jadi, bagaimana nak dapat khasiat? Maka, bila ibu sihat dan segar, ibu pun akan lebih gembira dan positif dan susu pun akan lebih mudah terhasil.
Sebab tu banyak feedback yang kami terima bahawa dengan pengambilan Shaklee, susu bertambah banyak. Sebenarnya ia bertindak tidak secara direct. Anda akan dapati banyak lagi kesan-kesan positif yang lain.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, fahami dulu asas penyusuan ya..

Selamat berjaya!!

kredit http://hanisamin.com/blog/category/shaklee/

Sunday, June 17, 2012 0 comments

BAHAYA MINUM AIR BERLEBIHAN


Biasa orang akan menyebut tentang kepentingan banyak minum air masak. Tidak dinafikan pelbagai kebaikan dan manfaat banyak minum air masak. Namun, tahukah anda minum air berlebihan boleh mengundang bahaya? Terutama para ibu menyusu yang sungguh teruja untuk membanyakkan susu sehingga minum air yang berlebihan. Ada yang minum sehingga 5 Liter air sehari semata-mata untuk membanyakkan susu.

Jom kita baca tentang bahaya minum air masak yang saya dpt daripada Pakcik Gugel ;)
----------------------------------------

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka


Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.


Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan? 

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggilglomeruliGlomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.



Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.


Sumber : Zakikhan
0 comments

PRODUK BARU SHAKLEE: Joint Health Tablet & Collagen Powder


Wah.. terujanya bila Shaklee launch 2 lagi produk terbaru Sabtu lepas. Walaupun xdapat pergi ke Shaklee National Conference tu, kehangatannya sampi ke sini. Berita baik yang sangat dinantikan oleh ramai orang.. kalau sebelum ni orang selalu tanya tentang produk untuk sakit sendi dan Kolagen kini sudah menjadi kenyataan. Para peminat kolagen pastinya x sabar nk cuba produk baru Shaklee ni kan.. hehe.. saya pun turut teruja ;)  Jom kita usha apa yang best tentang kedua-dua produk Joint Health Tablet dan Collagen Powder ni.


Shaklee Collagen Powder (1box:15sachets)
>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
 Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90% Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75% Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71% Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69% Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60% Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55% Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54% Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50% Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutanFaedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Anda berminat nak cuba?
pm sy d fb Huda Shaklee @  hubungi 0148248369
Friday, June 15, 2012 0 comments

Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama.

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang ba...ru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi.

Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina.

Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.

Menurut Safi Abd Rahman, Pengamal perubatan tradisional, selepas itu setiap wanita perlu melakukan rawatan tertentu untuk mendapatkan kembali bahagian intim yang rapat.

Wanita perlu fokuskan kepada jenis rawatan, penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya memainkan peranan penting untuk merapatkan kembali bahagian intim.

Rawatan
Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.

Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.

Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?
1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.

Pemakanan Sihat
Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut.

Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin.

Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta.

Menurut Safi, pentingnya membina kembali hubungan intim bersama suami biar pun sibuk menguruskan bayi kecil.

“Biasanya wanita lupa kepada suami kerana sibuk memberi fokus kepada anak. Hubungan dengan suami adalah tanggungjawab dan kewajipan.”

Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat.

Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.

Tip
• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, alfalfa shaklee terbukti
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti Gla complex untuk stabilkan hormon..dan set ibu menyusu sebagai menjana tenaga dan kesihatan juga kecantikan..
lanjut tentang suplemen tersebut sila klik http://ummiaisyahdina.blogspot.com/2012/03/testimoni-yang-hot-semestinya-dari-esp.html
0 comments

Minum banyak Air Masa Pantang

Minum Banyak Air Masa Pantang
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti
saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.
Memang ben...ar kita akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka ...akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :


♥ Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
♥ Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
♥ Membantu dalam proses nyahtoksin.
♥ Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
♥ Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)
 
 
 
0 comments

Risiko Puasa Ibu Hamil

Risiko Puasa Ibu Hamil
Lesu

Berbicara soal puasa wanita hamil, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor mempunyai pendapat tersendiri.

Katanya, tahap kesihatan janin ...bergantung pada pemakanan dan metabolisme tubuh ibu.

Bicaranya, pakar perbidanan kebiasaannya tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa pada bulan pertama hingga ketiga.

“Pada awal kandungan, ibu hamil sering mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaik-baiknya elakkan berpuasa.

“Ketika itu bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang mencukupi daripada ibu,” katanya.

Ujarnya lagi, ibu hamil pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan berpuasa jika mental mereka baik setelah pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mereka tidak memudaratkan.

Shah Reza memberitahu, ibu hamil boleh mengalami masalah ketidakhadaman dan senak perut jika terlalu banyak makan makanan berempah, berlemak, bergoreng dan minuman bergas.

“Mereka juga boleh mengalami sembelit jika makan makanan yang diproses selain mudah lesu dan keletihan kerana makanan yang dimakan mempunyai banyak kandungan kanji, karbohidrat dan lemak.

“Selain itu, ibu hamil perlu tidur yang mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan masalah kekejangan otot,” katanya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Mat Adenan pula berpendapat, ibu hamil perlu sentiasa merujuk kepada doktor peribadi mereka.

NOOR AZMI

Makanan janin

“Ini kerana doktor yang merawat mereka lebih mengetahui tentang sejarah kandungan dan kesihatan wanita hamil tersebut.

“Berkemungkinan doktor akan menasihati wanita itu agar tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis terutama dalam kes membabitkan suntikan insulin,” ujarnya.

Katanya lagi, ibu hamil juga perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk mengelak tubuh kekurangan air atau dehidrasi.

“Bersahur juga baik untuk ibu mengandung,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari turut senada dengan Noor Azmi dan Shah Reza.

“Tidak perlu memaksa diri berpuasa. Ini membahayakan kandungan kerana janin boleh mengalami kekurangan zat gula, kalori dan nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,” katanya.

Ujarnya lagi, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan normal yang boleh dialami oleh semua wanita.

Beliau menjelaskan, ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang anak dalam kandungan mereka kelaparan.

Katanya, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi daripada tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui uri.

Noor Aini bagaimanapun memberitahu, wanita hamil yang mengalami kekurangan nutrien dalam pemakanan akan menyebabkan tumbesaran bayi bermasalah.

“Semua bekalan yang ada dalam tubuh ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

“Jika mereka tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan turut terjejas,” katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walaupun sedikit tetap akan menjejaskan kesihatan wanita hamil serta janinnya.
Source kosmo


__________________________________________________________

0 comments

Najihah Suhaidi "Try esp nak dapatkan kulit yang cantik , tapi dapat lebih dari yang diinginkan"




Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-se
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

This statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease)

credit Mama cergas Anak Pintar
 
Anda berminat? jom pm sy d FB Huda shaklee 
@ contact saya d talian 0148248369



Tuesday, June 12, 2012 0 comments

Kepentingan & Kebaikan Sarapan Pagi

Sarapan Pagi Kuatkan Otak


PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

kredit :azzahrah

Anda nak tahu sarapan ringkas dan cepat di pagi hari?
cubalah esp, lanjut sila klik ESP SHAKLEE.. yang hot seller, terbukti berkesan untuk kecantikan kulit, kekal cergas sepanjang hari, dan amat sesuai untuk ibu2 hamil, menyusu .




 
;