Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Friday, April 20, 2012 0 comments

Keperluan Kalsium@OsteMatrix Shaklee

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan.  Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1.  Osteoporosis kepada orang dewasa,
     Sejenis penyakit tulang yang menyebabkan pengurangan ketumpatan tulang diakibatkanoleh kekurangan   kalsium.  Ia akan menyebabkan tulang mudah patah kerana keadaan tulang yang poroi (banyak rongga).

2.  Rickets kepada kanak-kanak,  
     Kepada kanak-kanak kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang boleh  menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang.

3.  Kejang otot pada muka, tangan dan kaki,

4.  Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur dan

5.  Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa

Jumlah pengambilan yang disyorkan
Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari. Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding orang biasa. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing.  Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal.Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan. selain itu,sumber kalsium juga boleh didapati dr suppliment bg mereka yang tidak gemarkan produk tenusu,alah laktose dan bagi mereka yang kurang mengambil makanan2 yang tinggi jumlah kalsium.
OsteMatrix (Calsium-Magnesium) 

Apa kelebihan OsteMatrix ( Calsium -Magnesium) Shaklee?

Anda memerlukan lebih dari kalsium semata2 untuk membina tulang yang kuat.OsteMatrix Shaklee ini didatangkan lengkap dengan Magnesium,Vitamin D dan banyak lagi bagi memastikan kesan optimum dalam pengambilan Ostematrix ini.
  • 1000mg (100% pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  • 400mg(100% pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D meransang penyerapan Kalsium.
Fungsi OsteMatrix:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pengecutan otot dan perlancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom2 senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air,mudah meradang dan kemurungan.


Siapakah yang memerlukan OsteMatrix?
Sekiranya anda mempunyai simptom2 seperti di bawah ini..Anda mungkin memerlukannya:

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
 OsteMatrix dan Saya

OsteMatrix adalah antara vitamin favourite saya selain ESP dan GLA..mengikut pengalaman saya, saya akan jadi lebih segar apabila bgn dr tidur apabila saya mengambil Oste sblm tdur..Sebagai ibu yang bekerja dan tidak mempunyai maid,semua kerja rumah adalah menjadi tanggungjawab saya. Namun ostematrix dan suppliment2 yang lain membantu saya kekal bertenaga untuk melakukan segala tugasan di rumah selepas seharian di opis..tambahhan lagi,selepas saya mengamalkan ostematrix sistem perkumuhan saya juga bertambah baik dan menjadi lebih lawas..Selain itu,selepas pertama kali kedatangan haid  selepas bersalinkan Qayyum,saya mengalami masalah susu saya merundum..namun selepas mengambil ostematrix, masalah itu dapat saya atasi..Ini kerana Kalsium diperlukan untuk pembinaan saraf , tulang dan gigi...maka pengambilan kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat serta saraf berfungsi dengan baik.Alhamdulillah saya dapat byk manfaat selepas sy mengamalkan pengambilan suppliment ini..
 
 
Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat. mencegah, atau meyembuh sebarang jenis penyakit
0 comments

BAYI DALAM KANDUNGAN AKTIF BILA UMMINYA AMAL OSTEMATRIX

Alhamdulillah malam ni saya berkesempatan update blog..walaupun ada  kat pasir gudang
menemani suami yang ada urusan kat sini...
dah banyak ari tak update...lain macam rasa bila tak update blog ...sebab saya rasa dan macam tanggungjawab wajib bagi saya isi kandungan dalam blog Ummi AisyahDina ni..sebab saya nekad nak berusaha sekuat mungkin dalam berikan yang terbaik untuk ma, suami, anak anak serta keluarga saya
tak de banyak masa...tapi tetap kene ada masa untuk jenguk jenguk fb.
Alhamdulillah ramai yang order, ada yang repeat order, ada cust baru..syukur syukur sangat..terima kasih ya Allah
lagi 3 hari saya kene stay kat sini...suka ada, boring ada, penat ada..hehe!! Yang penting anak anak hepy suda....



ok berbalik pada tajuk di atas tu 'BAYI DALAM KANDUNGAN AKTIF BILA UMMINYA AMAL OSTEMATRIX'

Testimoni dari adik kesayangan saya 'ain' namanya
dia ngandung 5 bulan dah, dia selalu ngadu kat saya 'tok cekak tok cekak, sakit sakit badan '
hehe kalau ore klantan paham la kan perkataan 'tok cekak' tu..
tok cekak tu means tak larat, letih, tak bermaya
pastu saya ada suggest ostematrix kat dia
dia amal 4 biji satu ari sebelum tido
lepas 3 ari sy call dia bertanya kabar...dengar suara dia sihat bertenaga jer..kalau tak lembik jer suara ain.
ain bagitahu saya dengan riang sekali yang baby dalam perut kuat bergerak, sebelum ni jarang jarang bergerak, lagi ain bagitahu.dia pun sihat, tak rasa sakit sakit badan lagi..paling best bila bangun tido pagi..rasa ringan jer tubuh katanya..
Alhamdulillah..sihat adik dan anak saudara saya..emm tak sabar nak tengok bb ain..insyaAllah ujung bulan 6 ain due.
Ostematrix?
nak tahu apa itu ostematrix sila klik .UMMIABI
nak lihat banyak lagi testimoni sila klik  UMMIAISYAHDINA

sekiranya anda berminat?
Emel saya di Fb Huda Shaklee
sms/call di talian 0148248369
Friday, March 30, 2012 0 comments

KALSIUM OSTEMATRIX BUAT ANDA JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

ADA APA DENGAN KALSIUM SHAKLEE (OSTEMATRIX)?
 sila klik UMMIABI



 Testimoni dari Lynn Hammet
"Salam...just nak share, saya ni pengguna baru shaklee. Baru baru ni saya mengalami sakit kat bawah pinggang yang teruk selama 2 hari, rasa nak nangis sebab sakit sangat.....last week saya ada beli ostematrix kat dealer Hazelina Alim, baru consume 2 hari(amek waktu malam b4 sleep) sakit pinggang tu dah hilang, langsung tak rasa apa apa lagi....syukur Alhamdulillah...tm kasih banyak banyak to my dear pengedar dan produk shaklee ini ."




Ini ikuti apakata Fauziah Chilun




"tersedar awal pagi, tangan kanan bengkak, cincin tersekat, jari jemari tak boleh nak genggam..telan ostematrix 4biji, Alhamdulillah bengkak surut, dan boleh keluarkan cincin, takut terjadi lagi....saya perasan kalau makan oste memang bengkak kaki pun hilang...orang kata kalau kaki bengkak memang dekat dekat nak bersalin dah tu.tapi kalau makan oste mamang dapt elakkan segala bengkak kaki dan kebas kebas, thanx oste  :)
______________________________________________________________________

Ini pula kisah Eina Gie
Eina Gie
"Salam semua..nak share lagi pasal Ostematrix..lagi2 si Oste ni..mcm dah bercinta plak ngan Oste ni hehe..haritu sronok citer pasal oste ni sbb baby senang melawas n smp hari ni baby mmg dah jadi rutin selang 2 hari dah melawas..syukur sngt..harini nak kongsi lagi pasal husband plak..dah seminggu bg husband try Oste ni..tmpt keje jauh jd ulang2 alik g keje lbh kurg 3 jam [ni salu pg2 kul 5 dah bert...olak g keje]..ptg kul 7-8mlm baru smp rumah..pastu skang sibuk pasal training bola salu mengadu sakit belakang n lutut,pastu sakit gusi n gigi dah tetap dah, dari dulu pasal kuat sngt merokok..tp mlm td husband tel bgtau sejak2 mkn Oste ni..gusi dah x sakit, gigi plak dah ketat [ni sbb husband salu bgtau gigi dia salu goyang2 mcm longgar gitu..tp smlm mkn kambing bakar..mmg Best!! dia pun terkejut sbb bole mkn daging, sblm ni takut mkn daging sbb gigi x kuat nak gigit..aduhai suamiku mcm2 penyakit hehehe]..pastu siap bgtau dah bole main bola 40minit x kuar padang..salu main 5minit dah kuar padang [ni sbb x tahan lutut sakit]..pagi2 bangun x sakit belakang pastu mmg bdn pun cergas je spanjang hari [kalo tak salu tghari mst dah ngantuk]..ni husband siap pesan lagi 'yang nnt order lg ye Oste ni'..hehe..mmg TERBAIK OSTEMATRIX!!.. tq kak Nadia Khamis"
____________________________________________ 


Seterusnya dari Puan Rashidah Idris 
Salam..sj nk share..baru2 ni sy jatuh & kaki terseliuh..dan bila d x-ray, tulang kaki sy di dapati retak..first two days, sepanjang mlm sy x bleh tido..tetiba teringat ttg kebaikan oste dlm memb...ekalkan kalsium utk tulang & mengurangkan rasa kejang kaki..ape lg suh Mr Hubby gi beli kt outlet Shaklee..bila dh mkn, Alhamdulillah..terasa perbezaannye..kaki dh kurang berdenyut2 dan kurang sakit..tido pun lebih lena..sy x tau samada ini adlh kebetulan atau tidak tp bg sy x sanggup plak rasanye nk miss mkn oste sbb dh x nk ulangi rasa kesakitan smpai x leh tido mlm tu..ape2 pun sgt berpuas ati dgn oste..Thks Shaklee.."

 __________________________________________________________________________________

Ini pula testimoni dari coach saya Hafsah Mardhiah
"Juast nak share, saya sejak bersalin memang sakit pinggang dan belakang, start makan oste dah dekat sebulan. 2biji sebelum tido, tapi tak rasa kesannya, sakit belakang masih sama.paling rasa sakit bila bangun pagi, dan bila bangun dari duduk,  3 hari lepas sakit belakang makin menjadi jadi, sampai jalan rasa nak terbongkok sebab sakit nak tegakkan badan, lagi lagi dukung baby sana sini, so malamnya sebelum  tido cuba amek oste 4 biji. Wah Alhamdulillah esoknya sakit pinggang makin berkurangan, memang rasa macam magic;)
so sape yang dah cuba oste, tapi tak nampak kesan, cuba try amek 4 biji plak, n sape yang belum cuba oste mamang patut cuba :")


Alhamdulillah Shaklee berkesan
Ramai yang telah mencuba..anda bila lagi?...


Jom order. sila pm sy d fb huda Shaklee.emel hudazuluia@yahoo.com,sms/call di talian 0148248369


Tuesday, March 27, 2012 0 comments

KALSIUM, HAMIL, MENYUSU

untuk ibu hamil. pastikan cukup kalsium utk kurangkan komplikasi ketika meneran . dan jika anda WANITA.. jgn abaikan kalsium

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang.


 Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?


 Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.


Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.


Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.


“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.


Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi


Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.


Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.


Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.


Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.


“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

________________
Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrixmembekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
 
 
 Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, menyembuh, merawat, atau mencagah sebarang jenis penyakit 


BERMINAT??
SILA PM SY D FB Huda Shaklee
Emel d hudazuluia@yahoo.com
call/sms d talian 0148248369

Sunday, March 4, 2012 0 comments

Kalisium Shaklee ~ Semua orang suka~Terutama untuk ibu hamil dan ibu menyusu~

Anda nak tahu kenapa ibu hamil dan ibu menyusu suka ostematrix?
Jom baca.....
Tahukah anda antara byk2 vitamin Shaklee yang cepat terasa kesannya.. adalah Ostematrix.. Sebab tu kalau siapa2 tanya saya, apa vitamin utk org selalu letih.. lenguh2, sakit belakang... hmm saya jawab.. Memadai anda cuba Ostematrix...
saya mula mkn Vitamin Shaklee tahun 2005..time tu takde lagi Ostematrix.. .. kemudian hujung 2008 saya pindah KL.. faham2 je lah kerja kat KL ni.. dgn stress,tak cukup tidur.. pagi2 buta kene bangun... malam baru sampai umah.. hmm.. Kak N suggestkan saya add on Ostematrix, produk rumusan terbaru Shaklee.... Hmm.. saya mkn 4 bj sebelum tidur... esok bangun tidur mmg besttttttt... hehe

Bak kata Kak N...Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang
KESIMPULANNYA
Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


Berikut komen2 dari customer2 kami...termasuk saya..hehhe:

Hazelina Alim yap ostematrix mmg bes .....sejak 3 minggu da tau prgnt x mkn ostmtrix br beli stok arini baru rasa segar bgn pagi....
Tuesday at 3:23pm ·

Ummi Hanifah Abd Halim OsteMatrix mmg best. Bgn pagi segar.
Tuesday at 12:46pm via mobile ·
Cery MamaFaiz OSTEMATRIX terbaiksss..mkn sebelum tidur 4bj.. esok bgn leh jd supermak.. ahhaha
Tuesday at 11:59am ·

_____________________________
AMACAM?SUKA tak? Jom dapatkannya hari ini!.. tak sampai RM60 pun Ostematrix ni.. murahh kan kan kan..


Soalan terakhir: Ostematrix sahaja cukup kah? Hmm.. jika anda mampu.. ambillah Set asas utk family wellness (optimum).. Jika tak berkemampuan nak beli original pack, dapatkan Euphoria Trial Pack dengan harga yang sangat berpatutan.
 kredit :http://www.mamafaiz.com
  
anda ingin mencuba ostematrix? sila berhubung ngan saya melalui 
 phone :o148248369
Email : hudazuluia@yahoo.com
Page : Shaklee For Beauty and Health
Fb :Huda Shaklee

Salam ceria dari Ummi AisyahDina
 
;