Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Sunday, June 17, 2012 0 comments

BAHAYA MINUM AIR BERLEBIHAN


Biasa orang akan menyebut tentang kepentingan banyak minum air masak. Tidak dinafikan pelbagai kebaikan dan manfaat banyak minum air masak. Namun, tahukah anda minum air berlebihan boleh mengundang bahaya? Terutama para ibu menyusu yang sungguh teruja untuk membanyakkan susu sehingga minum air yang berlebihan. Ada yang minum sehingga 5 Liter air sehari semata-mata untuk membanyakkan susu.

Jom kita baca tentang bahaya minum air masak yang saya dpt daripada Pakcik Gugel ;)
----------------------------------------

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka


Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.


Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan? 

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggilglomeruliGlomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.



Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.


Sumber : Zakikhan
Friday, June 15, 2012 0 comments

Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama.

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang ba...ru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi.

Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina.

Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.

Menurut Safi Abd Rahman, Pengamal perubatan tradisional, selepas itu setiap wanita perlu melakukan rawatan tertentu untuk mendapatkan kembali bahagian intim yang rapat.

Wanita perlu fokuskan kepada jenis rawatan, penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya memainkan peranan penting untuk merapatkan kembali bahagian intim.

Rawatan
Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.

Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.

Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?
1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.

Pemakanan Sihat
Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut.

Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin.

Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta.

Menurut Safi, pentingnya membina kembali hubungan intim bersama suami biar pun sibuk menguruskan bayi kecil.

“Biasanya wanita lupa kepada suami kerana sibuk memberi fokus kepada anak. Hubungan dengan suami adalah tanggungjawab dan kewajipan.”

Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat.

Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.

Tip
• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, alfalfa shaklee terbukti
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti Gla complex untuk stabilkan hormon..dan set ibu menyusu sebagai menjana tenaga dan kesihatan juga kecantikan..
lanjut tentang suplemen tersebut sila klik http://ummiaisyahdina.blogspot.com/2012/03/testimoni-yang-hot-semestinya-dari-esp.html
0 comments

Minum banyak Air Masa Pantang

Minum Banyak Air Masa Pantang
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti
saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.
Memang ben...ar kita akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka ...akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :


♥ Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
♥ Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
♥ Membantu dalam proses nyahtoksin.
♥ Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
♥ Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)
 
 
 
0 comments

Risiko Puasa Ibu Hamil

Risiko Puasa Ibu Hamil
Lesu

Berbicara soal puasa wanita hamil, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor mempunyai pendapat tersendiri.

Katanya, tahap kesihatan janin ...bergantung pada pemakanan dan metabolisme tubuh ibu.

Bicaranya, pakar perbidanan kebiasaannya tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa pada bulan pertama hingga ketiga.

“Pada awal kandungan, ibu hamil sering mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaik-baiknya elakkan berpuasa.

“Ketika itu bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang mencukupi daripada ibu,” katanya.

Ujarnya lagi, ibu hamil pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan berpuasa jika mental mereka baik setelah pakar perbidanan mengesahkan bahawa puasa mereka tidak memudaratkan.

Shah Reza memberitahu, ibu hamil boleh mengalami masalah ketidakhadaman dan senak perut jika terlalu banyak makan makanan berempah, berlemak, bergoreng dan minuman bergas.

“Mereka juga boleh mengalami sembelit jika makan makanan yang diproses selain mudah lesu dan keletihan kerana makanan yang dimakan mempunyai banyak kandungan kanji, karbohidrat dan lemak.

“Selain itu, ibu hamil perlu tidur yang mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan masalah kekejangan otot,” katanya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Noor Azmi Mat Adenan pula berpendapat, ibu hamil perlu sentiasa merujuk kepada doktor peribadi mereka.

NOOR AZMI

Makanan janin

“Ini kerana doktor yang merawat mereka lebih mengetahui tentang sejarah kandungan dan kesihatan wanita hamil tersebut.

“Berkemungkinan doktor akan menasihati wanita itu agar tidak berpuasa sekiranya menghidapi penyakit kencing manis terutama dalam kes membabitkan suntikan insulin,” ujarnya.

Katanya lagi, ibu hamil juga perlu minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari untuk mengelak tubuh kekurangan air atau dehidrasi.

“Bersahur juga baik untuk ibu mengandung,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari turut senada dengan Noor Azmi dan Shah Reza.

“Tidak perlu memaksa diri berpuasa. Ini membahayakan kandungan kerana janin boleh mengalami kekurangan zat gula, kalori dan nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,” katanya.

Ujarnya lagi, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan normal yang boleh dialami oleh semua wanita.

Beliau menjelaskan, ibu hamil yang menjalani ibadah puasa tidak perlu bimbang anak dalam kandungan mereka kelaparan.

Katanya, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi daripada tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui uri.

Noor Aini bagaimanapun memberitahu, wanita hamil yang mengalami kekurangan nutrien dalam pemakanan akan menyebabkan tumbesaran bayi bermasalah.

“Semua bekalan yang ada dalam tubuh ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

“Jika mereka tidak mengubah tabiat pemakanan, anak yang di dalam kandungan turut terjejas,” katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walaupun sedikit tetap akan menjejaskan kesihatan wanita hamil serta janinnya.
Source kosmo


__________________________________________________________

Tuesday, June 12, 2012 0 comments

Kepentingan & Kebaikan Sarapan Pagi

Sarapan Pagi Kuatkan Otak


PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

kredit :azzahrah

Anda nak tahu sarapan ringkas dan cepat di pagi hari?
cubalah esp, lanjut sila klik ESP SHAKLEE.. yang hot seller, terbukti berkesan untuk kecantikan kulit, kekal cergas sepanjang hari, dan amat sesuai untuk ibu2 hamil, menyusu .




 
;