Wednesday, June 20, 2012

Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu

Ada ibu-ibu yang bertanya, kenapa susu yang dipam sangat cair? Tidak seperti orang lain yang nampak agak pekat. Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. 

Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan  hindmilk.Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..



Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
Apabila breast mula kosong, butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan. Semakin banyak lemak dikeluarkan maka susu akan jadi lebih pekat.
Sebab itulah sangat digalakkan ibu menyusu atau pam 15-20 minit supaya bayi dapat hind milk yang lebih berkhasiat. Dan sebab jugalah itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering... Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! 

Selain kekerapan mengepam dan kosongkan breast, pengambilan minuman protein Energizing soy protein juga boleh membantu menambah kepekatan susu. Kerana antara komponen utama dalam susu ibu adalah protein. Jadi ESP tutut dapat  memekatkan susu (dengan syarat kerapkan pam yer!!)


Sumber : Hafsah Mardhiah

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Berminat? sila pm Facebook Huda Shaklee
@ sms & call 0148248369 

0 comments:

Post a Comment

 
;