Friday, June 15, 2012

Minum banyak Air Masa Pantang

Minum Banyak Air Masa Pantang
Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti
saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.
Memang ben...ar kita akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka ...akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :


♥ Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
♥ Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
♥ Membantu dalam proses nyahtoksin.
♥ Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)
♥ Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)
 
 
 

0 comments:

Post a Comment

 
;