Thursday, September 13, 2012

Kenali Cirit-Birit di Kalangan Bayi dan Kanak-Kanak



Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi dewasa ini banyak dikaitkan dengan Rotavirus. Jom kita tengok apa lagi yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak:

Yang Berjangkit:

- virus seperti Rotavirus
- bakteria seperti E-Coli
- organisma parasit seperti Ameoba

Yang Tak Berjangkit:

- intoleransi makanan seperti lactose intolerance
- IBS
- ketidaknormalan usus
- kesan sampingan ubat-ubatan
- penyakit usus seperti kanser

Tapi.. Ibu jangan keliru dengan kekerapan membuang air besar bagi bayi yang menyusu badan. Bayi menyusu badan yang kerap membuang air besar dan cair adalah normal. Sekiranya bayi aktif dan ceria, itu adalah normal.

Apa yang perlu dirisaukan ialah apabila:-

- bayi mula memakan makanan lain
- bayi minum susu formula
- bayi dijaga oleh orang lain (wrong EBM handling)
- bayi mengutip objek dan memasukkan ke dalam mulut.

Cirit-birit bukan main-main, terutama bila anak dah mula muntah2, serta enggan makan dan minum. Dehidrasi yang teruk boleh membawa MAUT!

Bila anak mula cirit, pantau:

- adakah bibirnya kering dan merekah?
- adakah lampinnya kering (tak kencing) dalam jangkamasa yang lama?
- adakah ubun-ubunnya melekuk ke dalam?
- adakah dia menangis tapi tak keluar air mata?
- adakah dia nampak tak selesa?

Jika ada tanda2 itu, dan anak pula enggan makan atau minum, cepat2 bawa ke hospital. Jangan tunggu tanda dehidrasi teruk yang boleh membawa maut seperti di bawah ni:

- bola mata nampak terbenam ke dalam
- denyut nadi lemah
- pernafasan tak stabil
- kaki & tangan sejuk
- tidak bermaya
- mamai
- demam
- cirit berterusan hingga 48 jam

Di samping itu, ibu harus memeriksa apa yang anak makan dalam tempoh 1-3 hari kebelakangan, mungkin dari situ boleh membuat penilaian penyebab cirit birit pada anak.

Langkah2 untuk mengelakkan cirit-birit:

- Jaga kebersihan terutama penyediaan makanan/susu anak dan penggunaan tandas
- Cuci tangan dengan cara yang betul
- Jangan biarkan lantai rumah dicemari sisa makanan atau bahan2 tercemar yang boleh dikutip oleh anak
- Pastikan anda tahu jika anak ada intoleransi makanan

Bila anak cirit-birit, boleh berikan dia performance drink untuk menjaga kestabilan cecair dalam tubuhnya.

Jangan lupa bawanya berjumpa doktor jika cirit berterusan, enggan minum atau ada tanda dehidrasi.

Tapi jangan keliru dengan 'bowel movement' bayi menyusu eksklusif pula ;)

kredit http://www.vitaminsemulajadi.net/2012/03/testing.html

0 comments:

Post a Comment

 
;