Friday, April 20, 2012

Keperluan Kalsium@OsteMatrix Shaklee

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan.  Ia adalah penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan:

1.  Osteoporosis kepada orang dewasa,
     Sejenis penyakit tulang yang menyebabkan pengurangan ketumpatan tulang diakibatkanoleh kekurangan   kalsium.  Ia akan menyebabkan tulang mudah patah kerana keadaan tulang yang poroi (banyak rongga).

2.  Rickets kepada kanak-kanak,  
     Kepada kanak-kanak kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lembut yang boleh  menyumbang kepada kecacatan dan retak tulang.

3.  Kejang otot pada muka, tangan dan kaki,

4.  Tekanan darah dan rentak denyutan jantung yang tidak teratur dan

5.  Osteomalacia (sama seperti rickets) kepada orang dewasa

Jumlah pengambilan yang disyorkan
Pengambilan harian kalsium adalah antara 1000mg ke 1300mg sehari. Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding orang biasa. Jumlah pengambilan yang diambil lebih dari jumlah tersebut akan dikumuhkan oleh sistem badan melalui air kencing.  Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan pengumpulan kalsium yang dikumuhkan ini didalam ginjal yang akan menyebabkan karang ginjal.Pengambilan kalsium tersebut hendaklah disertakan dengan pengambilan Vitamin D yang membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang, gigi dan badan.

Sumber kalsium
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan. selain itu,sumber kalsium juga boleh didapati dr suppliment bg mereka yang tidak gemarkan produk tenusu,alah laktose dan bagi mereka yang kurang mengambil makanan2 yang tinggi jumlah kalsium.
OsteMatrix (Calsium-Magnesium) 

Apa kelebihan OsteMatrix ( Calsium -Magnesium) Shaklee?

Anda memerlukan lebih dari kalsium semata2 untuk membina tulang yang kuat.OsteMatrix Shaklee ini didatangkan lengkap dengan Magnesium,Vitamin D dan banyak lagi bagi memastikan kesan optimum dalam pengambilan Ostematrix ini.
  • 1000mg (100% pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
  • 400mg(100% pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400IU (100% Pengambilan Harian) Vitamin D meransang penyerapan Kalsium.
Fungsi OsteMatrix:
  • Membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pengecutan otot dan perlancaran saraf
  • Membantu mengurangkan simptom2 senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air,mudah meradang dan kemurungan.


Siapakah yang memerlukan OsteMatrix?
Sekiranya anda mempunyai simptom2 seperti di bawah ini..Anda mungkin memerlukannya:

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun
 OsteMatrix dan Saya

OsteMatrix adalah antara vitamin favourite saya selain ESP dan GLA..mengikut pengalaman saya, saya akan jadi lebih segar apabila bgn dr tidur apabila saya mengambil Oste sblm tdur..Sebagai ibu yang bekerja dan tidak mempunyai maid,semua kerja rumah adalah menjadi tanggungjawab saya. Namun ostematrix dan suppliment2 yang lain membantu saya kekal bertenaga untuk melakukan segala tugasan di rumah selepas seharian di opis..tambahhan lagi,selepas saya mengamalkan ostematrix sistem perkumuhan saya juga bertambah baik dan menjadi lebih lawas..Selain itu,selepas pertama kali kedatangan haid  selepas bersalinkan Qayyum,saya mengalami masalah susu saya merundum..namun selepas mengambil ostematrix, masalah itu dapat saya atasi..Ini kerana Kalsium diperlukan untuk pembinaan saraf , tulang dan gigi...maka pengambilan kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat serta saraf berfungsi dengan baik.Alhamdulillah saya dapat byk manfaat selepas sy mengamalkan pengambilan suppliment ini..
 
 
Produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat. mencegah, atau meyembuh sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment

 
;