Ummi AisyahDina
Saturday, May 26, 2012 GLA Complex 0 comments

GLA MARVELLOUS



Bulan Mei banyak entry bolg saya tentang suplemen Gla ni...

sebab bulan ni ada promosi GLA..
Jangan ketinggalan dapatkan gla dengan HARGA RUNTUH..ada FREE GIFT YANG HEBAT, dengan setiap pembelian sebotol gla ..tertakluk pada terma & syarat ye kawan kawan  :"))

Evening Primrose Oil (EPO) adalah antara supplement yang biasa didengari dan diambil oleh wanita. Saya juga pernah mengambilnya satu ketika dahulu dengan tujuan untuk kecantikan kulit serta masalah kitaran haid. Namun apa yang kita tidak tahu ialah bukan bahan EPO itu sendiri yang membantu dalam permasalahan wanita. Sebaliknya adalah bahan bernama Gamma Linoleic Acid (GLA) yang diekstrak daripada bunga Primrose Oil itu yang memainkan peranan penting.
Jika ada yang mencari supplement EPO di dalam rangkaian product Shaklee pasti tidak akan berjumpa jika anda mencari dengan kata kunci "EPO". Shaklee memberikan penggunanya hanyalah yang terbaik. Oleh kerana itu, product yang dihasilkan diberi nama GLA COMPLEX kerana apa yang utama adalah GLA itu sendiri.

kredit 
________________________________________________________________

gla memang best...nak tau best ke tak, baca dulu testimoni di bawah ye..petikan dari grup gbs shaklee.

    • Azrin Mohd pengalaman saya sendiri...lepas konsisten mkn GLA period mmg teratur..dulu mkn ikut ingat jer..hehehe..period mmg ke laut..lebih2 lg kita bf kan...tp lepas betul2 konsisten, period teratur :


    • Azrin Mohd yup...jeragat kurang..hehehe.....mmg perubahan pada kulit muka :




    •  
      Syafiza Othman Saya jeragat + parut2 pmbawakn baby dulu dh pudar byk..

    •  
       

    •  Azrina Mohd Tajul Ariffin Saya ad beberapa testimoni. Saya mkn selepas operation buang batu hempedu


    • Azrina Mohd Tajul Ariffin Untuk perbetulkan hormon di mana saya dah jarang moody, marah2, migrane pun lenyap. Utk customer says pula dia alami masalah parut jerawat dan selepas amalkan set D dia kata muka dia dah x kusam dan parut2 tu kelihatan kurang. Seorg lagi customer saya amalkan  
                       senggugut dia dah kurang

    • Iela Nazrin sy pn dh try GLA , dh sgt berkesan utk period yg tidak teratur...sng nk rancang..heheh



    • Azrina Mohd Tajul Ariffin Ila...period dah OK ke skrg




    • Iela Nazrin ‎Azrina Mohd Tajul Ariffin Along, alhamdulillah ok sudaa..ari tu risau sb cm lewat rupanya ikut tarikh yg period panjang tu..tp cm biasa la period 2,3 hari jer x sma mcm x nyusu dlu 10hari..lg teruk..


    • Iffah Anuar adik kata lepas makan GLA..kalo dulu period pain sakit 7/10 now dah 3/10..



    • Yusrina Hata terbaik! Kalau Cik Arnie Ajied suka vitamin E, saya sukakan GLA


    • Norita Idris One of my feveret vit...suami siap cakap muka always glowing....hehhehehe.


    •   Chrysalis Nurul
      saya baru try GLA 1dec aritu...alhamdulillah setakat ni memang nampak kesannya...kalau dr segi kulit tu,belum nampak lg la...tapi dr segi period circle...memang nampak kesan..sy ni dan 4bulan

      lebih period mesti seminggu sekali..sampai risau... dibuatnya...period sket2,sekejap2..sampai confius period ke ape...hehe..n now,dr 1dec aritu sy ambil,skrg dh masuk 20hari...dh takde dh period seminggu sekali tu...memang clean..nk tengok kitaran haid bulan ni n bulan depan pulak mcm mana...harap2 pasni kitaran jdi betul....senang nk merancang...saya makan sebiji sehari sebelum tidur..:-)



    • Yusrina Hata kak Norita Mohd Idris, saya pula memamng perasan muka glowing. tak perlu berbedak! ahaks
    •    


    • Iela Nazrin ‎Chrysalis Nurul sama cm kes sy jga tu..setiap mggu ada period sket2..bila amik GLA mmg dh x jd cmtu dah..rupanya ada geng erkk..



    • Chrysalis Nurul ‎Azilah A Rashid : aah..sy ade perasan gak aritu awak citer pasal period kat KIM..hehe....memang okay dah skrg..takde dh kuar seminggu sekali...kalau dulu,mmg stress sbb kejap2 period...pastu sket bebenor...memang tension...hehe..skrg tak lagi...mudah-mudahan period circle makin teratur pasni...:-)

      Rabiatuladawiyah Harun Alhamdulillah, dh 4 bulan sy amalkan GLA, ada juga terskip, period sy dah kembali teratur, tak lewat2 lagi...jerawat pun mmg susah nak naik walaupun masa period...memang best la...GLA dan oste yang paling wajib saya makan ^^

    • Farah Aziz saya same mcm skrg period da tak da kuar jerawat..alhamdulillah..ka
lu tak dulu...mesti kuar and besar lak tue...huhu


  • Aini Hayati Luey just for sharing, saya ada terbaca yg gabungan minyak GLA dgn vitamin E bgs utk atas PMS. Since GLA Complex shaklee mmg dah lengkap dengan vitamine E, maybe sebab tu ramai yg dapati period pain berkurang dgn pengambilan GLA Complex..

    Cmz Mai sy pon baru mkn GLA dlm sebulan camtu ...mmg bagus utk kecantikan kulit ..period x perasan coz mmg normal ..cumaa kulit telinga sy yg bersisik tu jadi licin .superb laaa !

    •   Yati Napi saya sama macam Azrin Mohd...period memang ke laut sejak lepas bersalin...lps cuba GLA, barulah on time tiap bulan dapang..plus jeragat dah semakin menghilangkan diri...eheheh.
    ______________________________________________________

    Haa  tu diaa....menarik bukan feedback dari penguna2 gla?
    Sekiranya anda berminat sila pm saya d fb Huda Shaklee
    @ sms/call di talian 0148248369

  • Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 11:29 PM
    Thursday, May 17, 2012 Hormon Tidak stabil 0 comments

    JANGAN BIARKAN KETIDAKSTABILAN HORMON BERTERUSAN..SALAH SATU KESANNYA~~ KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA TERGUGAT!!!!

    Akibat hormon tidak stabil

     JOHARI merupakan seorang lelaki yang serius dan kuat bekerja. Beliau juga seorang tegas dan pandai mengawal suasana. Sikapnya yang rasional dan berhemah menjadikannya pekerja contoh. Tidak hairanlah dia cepat dinaikkan pangkat .

    Fauziah pula seorang wanita berkerjaya yang disegani oleh kawan-kawannya. Dia lemah lembut dan tidak mudah melatah selain prihatin dengan masalah teman sepejabat. Sifat fauziah amat disenangi oleh Johari dan pasangan itu mendirikan rumah tangga pada usia awal dua puluhan.
    Kini usia perkahwinan mereka mencecah dua 25 tahun dan masing-masing menjangkau usia 40-an.
    Sejak akhir akhir ini Fauziah merasakan Johari tidak lagi seperti dahulu. Perjumpaan sosial kawan-kawan dan ahli keluarga yang dahulunya sering dilakukan kini tidak lagi menjadi perhatian Johari. Fauziah terpaksa pergi bersendirian demi untuk menjaga hati sahabat dan saudara-maranya. Johari juga tidak mahu lagi menemani isterinya bersiar-siar di hujung minggu sebagaimana lazimnya. Fauziah yang gemar membeli-belah di hujung minggu terpaksa pergi bersama kawan-kawannya.
    Pada suatu hari Fauziah berselisih faham dengan kawan wanita sepejabat. Entah mengapa dia gagal mengawal emosi. Kalau dulu Fauziah terkenal dengan sifat prihatin dan lemah lembut, kini dia menjadi agresif dan mudah melatah.
    Apabila pulang ke rumah dan bercerita kepada Johari perihal masalahnya, suaminya gagal memberi sokongan moral yang diperlukan. Hal ini menimbulkan pertengkaran kecil pula di antara mereka dan masing-masing merasakan hidup mereka tidak sehaluan lagi.
    Hari demi hari semakin banyak konflik yang tercetus dan masing-masing menjadi sukar untuk memahami satu sama lain.
    Fauziah berfikir besar kemungklinan Johari berubah kerana faktor penuaan. Usia menjadikan Johari semakin lemah dan tidak ceria seperti dulu. Seperkara lagi, dia juga merasakan faktor kematangan hidup menjadikannya lebih tegas dan boleh meluahkan segala pendapat dengan berani. Dia juga tidak kisah meskipun kata-katanya itu melukakan hati orang lain.
    Apakah yang terjadi sebenarnya? Mengapakah penuaan mempengaruhi sikap dan emosi seseorang?
    Apabila seorang lelaki kehilangan sebilangan besar hormon testosterone maka dia akan berubah sikap menjadi kurang agresif dan kurang pertimbangan. Hormon testosterone begitu penting buat lelaki kerana ia membuatkan seorang lelaki berasa tenang, selesa dan berfikiran rasional.
    Bagi wanita pula hormon progesterone dan estrogen amat penting. Tanpa hormon yang cukup wanita menjadi emosi dan sukar menghadapi suasana tegang.
    Proses penuaan menyebabkan hormon berkurangan sehingga berlaku perubahan sikap, emosi, serta perlakuan lelaki dan wanita. Akibatnya pasangan terlibat mula merasakan kelainan dan seringkali hubungan yang erat mula renggang dan terganggu. Seringkali mereka menyalahkan satu sama lain dan ini menimbulkan kerumitan dalam rumahtangga.
    Apabila rawatan penggantian hormon dibuat ternyata keadaan banyak berubah. Pasangan mula kembali tenang dan boleh menyelesaikan masalah mereka dengan lebih terbuka.
    Tubuh kita terbina dari sel-sel seni yang bereplikasi dan sentiasa silih berganti. Sel-sel tubuh kita mempunyai tempoh hayat. Sel jantung, buah pinggang, hati, otak dan lain-lain semuanya mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza-beza. Enzim yang penting dalam proses replikasi sel ialah enzim telomerase. Tanpa enzim telomerase yang cukup sel-sel menjadi tua kerana ia tidak boleh bereplikasi. Mereka yang dilahirkan tanpa enzim telomerase mengalami sindrom penuaan di mana mereka menjadi tua meskipun baru berusia lima atau sepuluh tahun.
    Gejala ini sangat menarik dikaji kerana ciri-ciri penuaan dapat dilihat dengan nyata meskipun mereka sebenarnya masih di peringkat kanak-kanak sahaja. Memerhatikan ciri-ciri penuaan kita dapat saksikan kulit yang berkedut dan berpigmentasi. Kepala mereka juga botak dengan rambut yang nipis. Wajah pula tampak mengecut dengan dagu mengecil. Tulang-tulang mereka mengalami osteoporosis yang ketara. Dari segi emosi mereka juga pelupa dan mudah tersinggung.
    Mereka juga terdedah kepada masalah tulang rapuh, sakit sendi, kanser, jantung dan masalah berkaitan dengan imuniti yang rendah.
    Jelas bahawa penuaan bukan berlaku kepada satu bahagian tubuh saja. Ia adalah satu proses yang melibatkan keseluruhan tubuh kita. Apabila penuaan bermula maka ia akan terus melanda dan merosakkan tubuh.
    Kita juga dapat menyaksikan bahawa penuaan bukan berlaku berdasarkan usia semata-mata. Usia yang muda juga tidak lari daripada gejala penuaan apabila enzim dan hormon rosak.
    Justeru pengetahuan dalam ilmu anti penuaan perlu dipertingkatkan agar kita dapat mengharungi usia tua dengan sihat, cergas dan gembira.
    Sumber 
    __________________________________________________
    Di Shaklee kami sarankan 
    vitamin khas untuk isteri & suami dalam menangani masalah yang berkaitan hormon yang taidak stabil

    VITAMIN UNTUK WANITA~~(WOMEN'S HEALTH PROGRAMME )






    Wanita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam melalui pelbagai peringkat kehidupannya iaitu:
    • Akil baligh
    • Pra-kehamilan
    • Kehamilan
    • Pra-menopos
    • Menopos
    • Selepas Menopos

    Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.  Produk-produk berkenaan adalah:


    GLA Complex

    GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.  GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan normal.  Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.  Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihata integriti sel.


    Ostematrix (Kalsium & Magnesium)

    Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis, membina tulang dan gigi yang kuat.  Ostematrix dilengkapi dengan Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 


    OmegaGuard

    OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.  Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

    Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
    OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

    Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
    Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


    Kebaikan :
    • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos (GLA Complex)
    • Menggalakkan kulit yang cantik (GLA Complex)
    • Menyokong sistem imun (GLA Complex)
    • Menggalakkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat (Ostematrix)
    • Mengurangkan risiko Osteoporosis (Ostematrix)
    • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung (OmegaGuard)
    • Melegakan sakit-sakit sendi (OmegaGuard)
    • Membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal (OmegaGuard)
    •  

    ~ Vitamin Untuk Lelaki (Men's Vital Health Programme) ~ 

     

    , saya nak cerita sikit tentang siapa yang patut makan Omega ni... Kali ni saya nak cerita tentang vitamin yang membantu Meningkatkan Kesihatan dan Kecergasan Lelaki...

    **************************************************************************

    Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.  Ada di antara mereka mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:

    • Mati pucuk
    • Pembesaran prostat
    • Kelesuan
    • Kurang tenaga dan stamina

    Program Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki:


    
    Kebaikan :
    • Memelihara kesihatan prostat
    • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
    • Memelihara jantung dan sendi yang sihat
    • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
    • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
    • Membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
    • DHA didalamnya penting bagi perkembangan dan fungsi otak (OmegaGuard)
    kredit 
    Hubungi saya untuk mendapatkan Maklumat Lanjut, Konsultasi Percuma dsb..,
    pm di fb huda Shaklee @  di talian 0148248369
     
    Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 9:25 AM
    Wednesday, May 16, 2012 Kepentingan Pengambilan Vitamin Semasa Mengandung 0 comments

    Kepentingan Pengambilan Vitamin Semasa Mengandung


     Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.
    Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.
    Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
    Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.


    Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


    Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

    Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

    • Keluarga yang pernah mengalami NTD
    • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
    • Mengambil ubat sawan
    • Kencing manis
    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.
    SOURCE

    sila klik di bawah:
    Disini adalah set menyusu pilihan anda,,, 
    Dan di sini pula Set Hamil kegemaran para ibu

    Vitamin yg disarankan utk PREGGY MUMMY:
    Preggy mama 1 - utk 1st trimester

    • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
    • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
    • vitamin C
    • Calcium (120 caplets)


    Preggy mama 2 - utk 2nd dan 3rd trimester

    • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
    • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
    • Vitamin C
    • Calcium (120 caplets)
    • Omega Guard ( Minyak Ikan, DHA)                   
    Untuk Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian
     0148248369 @ 
    pm sy d fb Huda Shaklee
      Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 1:30 AM
      Monday, May 14, 2012 Kesuburan 0 comments

      Testimoni Kesuburan

      Testimonial Set Kesuburan oleh Nadzlianah


      Testimonial daripada kak Nadzlianah selepas mengambil Set Kesuburan Shaklee. Gembira hati bila baca testimonial Kak Nadz. Suami beliau yang kurang yakin dengan supplements pun berpuas hati bila ambil set kesuburan ini.

      Semoga ikhtiar Kak Nadz untuk menimang cahaya mata tahun ini membuahkan hasil. Sebaik-baik penentu adalah Allah S.W.T  :)


      Kredit: whiteymommy

      Berminat sila pm saya d fb Huda Shaklee
      @ hubungi saya di talain 0148248369

      Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 4:27 PM
      Haid Tidak Stabil 0 comments

      PCOS Ganggu Kesuburan

      PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. Kenali dengan lebih lanjut tentang sindrom ini bersama kami menyelongkar maklumat daripada Dr. Navdeep Singh Pannu, doktor pakar sakit puan, perbidanan dan kesuburan dari Pusat Perubatan Tropicana dan Pusat Pakar Kesuburan dan Wanita, Puchong.

      Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

      PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

      Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi :

      1. Haid Tidak Teratur
      Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

      2. Obesiti
      Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

      3. Hirsutism
      Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

      4. Ketidaksuburan
      Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

      5. Tanda-tanda Lain
      Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

      Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

      Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

      Sumber : Pa & Ma
      _______________________________________________________




      Di shaklee kami menyediakan set kesuburan untuk isteri juga untuk suami
      sila klik ummiaisyahdina.
       Untuk kestabilan hormon Gla ada jawapannya
      Kita lihat pula testimoni gla  disini dan testimoni set kesuburan

      akhir skali saya kongsikan

      Sabda Rasulullah SAW :

       “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis riwayat Bukhari)

      Berminat? sila pm saya d Fb Huda Shaklee
      @ hubungi saya di talain 014 8248369
      Gla promosi bulan mei 2012..
      rebut peluang ini ..dapatkan Gla dengan harga RUNTUH!!!


      Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 4:04 PM
      Kesuburan 0 comments

      Vitamin Untuk Kesuburan

      "Dah berisi ker?"
      "Bila nak dapat anak?"
      "Dah dua anak kau? Si polan tue, yang kahwin dulu dari kau,
      tak mengandung pon lagi."

        Kebiasaannya persoalan macam ini akan diajukan kepada pasangan yang berkahwin apabila usia perkahwinan mencecah 2 tahun dan keatas. Jika memang merancang untuk mendapat anak lewat, mungkin ingin mengekalkan mood honeymoon selama beberapa tahun. Ianya tidaklah menjadi satu isu. Tapi bagi mereka yang sememangnya menunggu kehadiran cahaya mata. Ianya menjadi satu kebimbangan.

      Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

      Banyak usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Salah satunya adalah melalui makanan tambahan(supplement).  Saya tidak lah pandai untuk mengulas lebih lanjut tentang ini. Kerana saya bukan pakar. Boleh rujuk di blog pakar sakit puan, Dr. Hamid Arshat.

      Ingin saya kongsi disini. Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata ataupun yang masih mencari-cari apa vitamin yang sesuai.
      sebagai panduan anda, berikut merupakan di antara vitamin/ suplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri. Apakah vitamin kesuburan ini, dan bagaimanakah fungsinya kepada sistem reproduksi kita?

      Fungsi Vitamin-Vitamin dalam Set Kesuburan

      Vitamin Asas (Family Wellness Set)

      ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

      1. Energizing Soy Protein (ESP)

      Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

      2. Vita-Lea

      Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

      3. Vitamin C

      Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

      4. B-Complex

      Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

      Vitamin Kesuburan

      5. Vitamin E & Selenium

      Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

      6. Zinc Complex

      Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

      Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

      7. Alfalfa Complex

      Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

      8. GLA Complex

      Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

      Cara pemakanan supplements

      Untuk Suami

      Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
      Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

      Untuk Isteri

      Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,
      Alfalfa - 3-5 biji sehari.
      Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari, dan,
      Alfalfa - 3-5 biji sehari.

      Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. This is the least that you can do, before consulting with the experts and getting those expensive treatments. No harm trying right?

      Semoga info yang saya berikan ini bermanfaat untuk mereka yang tengah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin tersebut dengan saya. Boleh hubungi saya, Insyaallah harga istimewa akan diberikan. Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Allah S.W.T yang menentukan . Insyaallah...

      PERINGATAN:
      Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

      kredit .whiteymommy
      ___________________________________________________________

      sabda Nabi SAW yang bermaksud:

       “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 

      Ingin mencuba set kesuburan shaklee?
      sila pm d fb Huda shaklee @
      hubungi d talian o14 8248369
      Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 3:52 PM
      Friday, May 11, 2012 Haid Tidak Stabil 0 comments

      Ambil berat haid tidak teratur

       Assalamualaikum....kali ni saya nak kongsikan tentang masalah haid tidak teratur.

      pix_middle


      RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.


      pix_topright

      Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
      “PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

      “Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


      “Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

      “Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

      Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

      “Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

      “Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

      Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

      Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

      Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

      Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

      Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

      Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



      SOALAN LAZIM


      Siapa yang berisiko mendapat PCOS

      Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


      Apakah punca PCOS?

      Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


      Kekurangan hormon

      Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


      Kebal kepada insulin

      PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


      Faktor genetik

      Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


      Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

      Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:






    • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
    • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
    • Ujian darah Progesterone/Testesterone
    • Ujian darah prolaktin
    • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari






    • Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)
    • Masalah jerawat.
    • Kitaran haid tidak menentu.
    • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
    • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
    • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
    • Keguguran rambut.
    • Kurang subur.
    •  Sukar hamil

    • kredit http://www.hmetro
      ________________________________________________________


      vitamin shaklee disarankan yang sesuai untuk wanita yang ada masalah masalah seperti di atas ialah set kesihatan keluarga
      di mana set tersebut mengandungi Esp, vitalea, vitamin c, b complex


      ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

      ESP adalah protein. Sel kita terbina dari protein, dan memang kita boleh dapatkan protein dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protein adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protein hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protein mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas.

      Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.

      Tips :- Bagaimana nak bancuh ESP untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug, maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.

      VITALEA @ MULTIVITAMIN

      Tanpa zat besi secukupnya kita boleh menghadapi kekurangan sel darah dan tekanan darah rendah (HB low). Maka pengambilan multivitamin tidak boleh dipandang rendah. Dalam Vita-Lea, terdapat 12 jenis vitamin dan 7 galian yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.

      Tips :- Untuk beri pada anak umur 6 tahun dan ke atas : Bagi yang boleh telan tidak menjadi masalah tetapi bagaimana nak bantu mereka yang tak boleh nak telan? Hanya bancuhkan bersama dengan minuman seperti milo O (tanpa susu) atau apa2 jus buah-buahan. Dalam masa 5-7 minit kacau air tersebut dan berikan anak anda minum dan mereka akan mendapat khasiat Vita-Lea Shaklee dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vita-Lea Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.    

      B-COMPLEX

      Kenapa ramai kita mudah letih, mudah marah, mudah rasa cemburu, mudah melenting dan muka nampak tua dari umur? Ini kerana B-Complex dalam tubuh tidak mencukupi dan vitamin B mudah musnah bila kita terdedah dengan panas, emosi yang tidak stabil , pengambilan pil perancang, merokok dan keletihan melampau. Maka B-Complex sangat penting dan bagus diambil selepas sarapan supaya kita dapat mulakan mood kita seharian dengan senyuman dan hati yang tenang.

      Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan B-Complex dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas.


      VITAMIN C

      Jika anda mampu untuk makan 3-4 jenis potongan buah setiap hari, insyaALLAH anda berusaha memastikan keperluan vitamin C dalam tubuh anda sentiasa terjamin. Namun tahukah kita bahawa apabila kita terlalu keletihan, terdedah dengan panas, asap kereta asap rokok, emosi yang tidak stabil seperti mudah marah dan melenting akan menyebabkan banyak vitamin C yang sedia ada dalam badan termusnah begitu sahaja?

      Ini kerana Vitamin C dan vitamin B Complex adalah vitamin yang Fragile dan ini bermakna dua vitamin ini mudah rosak. Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg keperluan badan seharian yang mana ia bertindak mengikut pelepasan masa. Ia hanya akan melepaskan vitamin C atas keperluan badan.

      Tips :- Untuk makan seisi keluarga : Sediakan Vitamin C dalam piring kecil yang menarik dan hidangkan untuk diri, suami dan anak yang berumur 7 tahun dan ke atas. Anda juga boleh menyediakan Chewable Vitamin C Shaklee untuk anak anda yang berumur 4 tahun ke atas.

      Credit - rahsiavitamin.com


      Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh add on GLA COMPLEX
       

      Kelebihan  GLA COMPLEX

      #Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
      #Membantu meningkatkan kesuburan
      #Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
      #Membantu menangani masalah menapous
      #Menguatkan kuku dan rambut
      #Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
      #Membantu menangani ekzema 
      #Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
      #Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
      #Menguatkan imuniti tubuh
      #Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
      #Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
      #Mengawal kencing manis dan darah tinggi
      #Mengawal kolesterol
      #Untuk fungsi saraf
      #Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin 
      #Mampu mengecutkan cyst  
      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
       
      sila pm saya d Huda shaklee
      @ hubungi saya di talian 0148248369 sms/call
      Posted by Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee at 2:10 PM
      Newer Posts Older Posts Home
      Subscribe to: Posts (Atom)

      Search This Blog

      I'm Shaklee Independent Distributor.

      I'm Shaklee Independent Distributor.
      Falsafah Produk Shaklee Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN. Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. .

      Popular Posts

      • Kepentingan & Kebaikan Sarapan Pagi
      • Ambil berat haid tidak teratur
      • JANGAN BIARKAN KETIDAKSTABILAN HORMON BERTERUSAN..SALAH SATU KESANNYA~~ KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA TERGUGAT!!!!
      • CERITA MENARIK DARI WANITA BERUMUR AWAL 40-AN, KITARAN HAID KEMBALI STABIL, & DAPAT TIDUR DENGAN LENA SELEPAS SEBULAN TIDAK DAPAT TIDUR AKIBAT PENGAMBILAN UBAT HORMON , JOM BACA SETERUSNYA~~
      • GLA Shaklee - Penawar Kesuburan Untuk Dapatkan Anak
      • Kebaikan Omega Guard Shaklee
      • BAHAYA KURANG DARAH KETIKA HAMIL
      • Eczema dan masalah kulit kepala berkuping, kering, bersisik.. GLA penawarnya...
      • VITAMIN SHAKLEE UNTUK CEGAH CYST DAN FIBROID AGAR TIDAK BERULANG
      • Vitamin Untuk Tambah Berat Badan

      Jangan Biarkan Masa Berlalu Tanpa Mengingati Yang ESA

      Pages

      • Hubungi
      • Home
      • Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

      Saya Juga Di Facebook

      Huda Shaklee

      Reka Lencana Anda

      About Me

      My photo
      Sihat Anggun Bahagia Dengan Shaklee
      Seorang surirumah sepenuh masa, partime at Ummi AisyahDina, ratu hati kepada Encik Zul yang baik sangat..:)Nurul sayang Sayang..moga d sana nanti kita bersatu lagi Sayang.. Ummi kepada 2 orang puteri yang comel, yang banyak mangajar saya tentang erti sabar dan kasih sayang. Terima kasih anak-anak ummi
      View my complete profile

      Puteri Bongsu Ku

      Puteri Bongsu Ku

      Puteri Sulong Ku

      Puteri Sulong Ku

      Buah Hati Ummi Abi

      Buah Hati Ummi Abi

      We Accept


      Nik Norulhuda Nik Mazlan
      No Account: 1630 5503 3423

      Chat / Pertanyaan

      Followers

      Labels

      • ( SET OPTIMUM HEALTH) (2)
      • Alfafa (1)
      • Alfalfa (2)
      • Basic-H (2)
      • Breastfeeding (18)
      • Carotomax ( vitamin A ) (1)
      • Cinch (2)
      • Cyst dan Fibroid (1)
      • Do I Need Supplements? (1)
      • Eczema (3)
      • Esp ( energizing soy protein) (17)
      • Garlic (1)
      • GLA Complex (8)
      • Haid Tidak Stabil (2)
      • healing Crisis (1)
      • Herb Lax (1)
      • Herbal Blend (1)
      • Hormon Tidak stabil (1)
      • Joint Health Tablet (1)
      • Joint Health Tablet dan Collagen Powder (1)
      • Kelebihan Jadi Ahli Shaklee (1)
      • Kenali Shaklee (1)
      • Kepentingan Pengambilan Vitamin Semasa Mengandung (1)
      • Kesihatan (5)
      • Kesuburan (3)
      • Kisah Ida Yang Jatih Cinta Dengan Shaklee (1)
      • Lecithin (2)
      • Meal shake (4)
      • MIGHTY 3 GEM: SUPLEMEN TERBAIK UNTUK BERPUASA (1)
      • Nutriferon (2)
      • Nutriwhite (1)
      • Omega Guard (7)
      • Ostematrix (5)
      • pencuci muka nutriwhite (1)
      • pencuci muka shaklee (1)
      • Performance Drink (2)
      • Petua Cepat Dapat Anak Cara Shaklee (1)
      • Set 3M (1)
      • Shaklee berpatutan (1)
      • Shaklee Halal Gunakan Tanpa Was Was (2)
      • Stretch Marks Selepas Bersalin (1)
      • Tentang Zuriat Kita (3)
      • Tips berkesan InsyaAllah (3)
      • Vita-Lea (1)
      • Vitamin B Complex (2)
      • Vitamin C (4)
      • Vitamin E (5)
      • Vitamin Ibu Bersalin (7)
      • Vitamin Ibu Hamil (3)
      • Vitamin Ibu Menyusu (3)
      • Vitamin Kecantikan Shaklee untuk kulit yang cantik berseri (3)
      • Vitamin Shaklee Untuk Idividu Penghidap Kencing Manis / Diabetes (2)
      • VITAMIN TAMBAH SUSU BADAN (11)
      • Vitamin Turun Berat Badan (2)
      • Vitamin Untuk (Alergik/Resdung/ Enzema/Gegata/Asthma) (2)
      • Vitamin untuk Tambah Berat Badan (1)
      • Vivix (4)
      • Zink (1)

      Blog archive

      • ▼  2012 (155)
        • October (8)
        • September (15)
        • August (2)
        • July (10)
        • June (21)
        • May (17)
        • April (20)
        • March (57)
        • February (5)

      Who's Online


      widgeo.net

      Total Pageviews



       
      ;