Monday, June 11, 2012 0 comments

16 SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG PENYUSUAN / BREASTFEEDING SUSUIBU

PENYUSUAN / BREASTFEEDING SUSUIBU

Bagi ibu2 yg baru mengenali dunia penyusuan / breastfeeding susuibu, pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Adakalanya perkara2 tersebut membuatkan sesi penyusuan / breastfeeding utk si comel buahati tersayang akan terganggu. Jom kita semak persoalan yg popular di kalangan ibu2 breastfeeding ni, rujukan utk mama juga! ^_^
1.Soalan: Kenapa menyusu / breastfeeding awal itu penting?
Jawapan:
Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:
* Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
* Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu / breastfeeding di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. 

Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu / breastfeeding dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

2. Soalan:

Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan / breastfeeding bayinya?

Jawapan:
Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan / breastfeeding ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu / breastfeeding sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu / breastfeeding. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.
3. Soalan:
Berapa lamakah harus saya menyusu / breastfeeding pada sebelah payudara?

Jawapan:

Paling baik ialah memberikan penyusuan / breastfeeding yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu / breastfeeding boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu / breastfeeding. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan / breastfeeding.
Susu yang keluar di ‘akhir’ setiap penyusuan / breastfeeding digelar “hind milk”. Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan / breastfeeding yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

4. Soalan:

Bilakah susu mula dihasilkan?



Jawapan:

Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.
Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula menghasilkan susu.
5. Soalan:
Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

6. Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan “Permintaan menyusu”?

Jawapan:

Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu / breastfeeding sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan / breastfeeding sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan / breastfeeding lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan / breastfeeding.

Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan / breastfeeding secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan bayi menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut ‘permintaan menyusu’(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan / breastfeeding. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang sama akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).
7. Soalan:
Mengapa bayi yang baru lahir menyusu / breastfeeding dengan kerap?
Jawapan:
Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu / breastfeeding dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan / breastfeeding, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan / breastfeeding terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.
8. Soalan:
Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?

Jawapan:
Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan / breastfeeding. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan / breastfeeding sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.

9. Soalan:

Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:

Jawapan:

Jika ibu menyusu / breastfeeding bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:
*Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
* Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
* Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
* Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.

10. Soalan:

Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?

Jawapan:
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:

* Menyusu / breastfeeding dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu / breastfeeding akan menghasilkan lebih banyak susu.
* Bertenang ketika menyusu / breastfeeding akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.

* Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu / breastfeeding. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.

* Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.


11. Soalan:
Kenapa susu saya kelihatan cair?
foremilk & hind milk
Jawapan:
Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil ‘susu akhir’. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu / breastfeeding. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:
* ‘susu pertama’ (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
* ‘susu pertengahan’ mengandungi lebih khasiat protein.
* ‘susu akhir’ (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan / breastfeeding berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

12. Soalan:

Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?

Jawapan:

Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:
* Hentikan penyusuan / breastfeeding selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.

* Menyusu / breastfeeding pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan / breastfeeding sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan / breastfeeding, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.

13. Soalan: 
Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?
Jawapan:
Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan / breastfeeding. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan.
Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu / breastfeeding, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.
14. Soalan:
Apa yang dikatakan ‘keliru puting’ yang menyebabkan bayi enggan menyusu?


Jawapan:

Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.
Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.
Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.

15. Soalan:

Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya / breastfeeding?
Jawapan:
Bayi yang menyusu / breastfeeding susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu / breastfeeding di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan / breastfeeding anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain ‘poncho’, ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum. contohnya:

16. Soalan:
Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu / breastfeeding bayi?
Jawapan:
Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu / breastfeeding bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:
* Pola hisapan bayi akan berubah kepada ‘hisap dan telan – hisap dan telan’. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
* Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan / breastfeeding.
Alhamdulillah, lengkap sudah persoalan-persoalan yang kerap ditanya tentang penyusuan susu ibu. Saya harap ia menjadi panduan buat ibu-ibu semua. InsyaAllah, jika diberikan kesempatan akan saya share lebih banyak lagi info-info tentang penyusuan / breastfeeding susu ibu dan kesihatan.
KREDIT : stayhealthy.

Ada tawaran hebat untuk anda bagi setiap pembelian set lengkap Set breastfeeding shaklee... 


 
berminat? sila pm sy d fb huda shaklee@ hubungi saya di talian 018248369

Friday, June 8, 2012 0 comments

RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)



Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman


______________________________________________________________________________

Bagi ibu yang menghadapi masalah penyusuan..jangan berputus asa dalam memberi yang terbaik untuk simanja..setiap masalah ada jalan keluar..ada jalan penyelesaian.
bila anda  fikir demi kesihatan simanja..anda akan lakukan segalanya untuk penuhi tuntutan bayi terhadap anda,,iaitu meyusuinya dari saat dilahirkan hingga 2 tahun..
jangan biarkan masa 2 tahun itu berlalu tanpa susui si manja..
anak anda berhak mendapat apa yang sepatutnya dia dapat..
dan 2 tahun tu takkan berputar kembali..jadi manfaatkan sepenuhnya dengan menyusui baby kita, supaya dia dapat rasai segala kebaikan kebaikan dari susu ibu..
 dishaklee kami menawarkan set breastfeeding yang dinamakan set 3m, khusus untuk ibu ibu yang inginkan menambah/membanyakkan susu yang merudum 
>>>>>>TESTIMONIAL SET 3M


berminat sila pm di Fb Huda Shaklee
@ hubungi d talian 0148248369
Monday, June 4, 2012 0 comments
Vitamin E dan Kanser Paru-paru
Mengambil Vitamin E sebagai makanan tambahan untuk jangka masa yang lama boleh meninggikan risiko kanser paru-paru, menurut kajian yang di terbitkan oleh American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine.

Penyelidikan yang melibatkan 77,000 orang itu menunjukkan, dengan mengambil 400 miligram sehari untuk jangka masa yang lama terdapat 28% risiko untuk risiko kanser terutamanyanya kepada mereka yang merokok.

Kajian ini walaubagaimanapun bukan satu ‘trial’. Hasil kajian cuma menunjukkan kaitan diantara mereka yang mengambil suplemen Vit E dan kanser paru-paru. Faktor lain juga mungkin bertanggung-jawap meninggikan risiko barah ini, komen penyelidik lain pula.

Untuk penyelidikan ini, Ketua Penyelidik Dr Christopher Slatore dari University of Washington mengkaji mereka yang berumur 50-76 tahun selama 4 tahun yang mengambil Suplemen Vit C, folate dan Vitamin E, mendapati terdapat 521 kes kanser paru-paru.

Rokok, faktor genetik, umur dan Vit E dikaitkan dengan pembiakan kanser paru-paru tetapi tidak dengan pengambilan Vit C, menurut penyelidikan itu.

Para Penyelidik juga mendapati, risiko bertambah sebanyak 7% selepas satu dekad dikalangan mereka yang mengambil 100 miligram sehari. Sekiranya dos yang diambil adalah 400 miligram, risiko mungkin meningkat 28%.

Vit E selalunya dilabelkan sebagai antioksidan dan dipercayai berupaya menentang unsur (radicals) berbahaya yang boleh mencederakan sel dan menyebabkan pertumbuhan kanser.

Kajian makmal awal menunujukkan yang alpha-tocopheryl succinate, a vitamin E ester boleh menghalang pembiakan sel kanser dan menyekat pertumbuhan sel kanser pada haiwan tapi tiada bukti yang ia boleh menghalang kanser terhadap manusia.

Tetapi, penyelidik menerangkan, Vit E boleh juga bertindak sebagai pro-oxidant, bermaksud ia boleh menyebabkan oksidasi dan mengalakan kerosakan pada sel badan.

Kanser paru-paru adalah salah satu kanser utama yang menyebabkan kematian dikalangan manusia.

Sumber: Taking Vitamin E supplement may raise lung canser risk
_____________________________________________

Anda inginkan vitamin E semulajadi tanpa ada solice gel?
vitamin e shaklee pilihan yang tepat!!!

antara kebaikn vitamin e shaklee adalah seperti berikut :


* Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
* Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada
* Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
* Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
* Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
* Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
* Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


Sumber Vitamin E
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut:

* minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap,
* kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
* Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Sumber : http://tayibah.com/

BERMINAT SILA PM @ HUBUNGI SY 0148248369
HARGA RUNTUH VITAMIN E SEPANJANG JUN INI
0 comments

Vitamin Cinta shaklee


Petikan Blog Kak ira 
 Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.
Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik. Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan.
Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan

Peranan Vitamin E kepada suami:
* Lebih tenaga (seksual)
* Ereksi yang lebih lama
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E kepada isteri:
* Lebih tenaga (seksual)
* Lebih mudah terangsang
* Libido yang lebih kuat
* Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.


Lagi info berkenaan vitamin E??

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.  





  •  Anda ingin mencuba vitamin cinta shaklee?
  • sila dapatkan harga diskaun 25% dari saya
  • nak pm d Fb Huda shaklee @ contact sy di talian 0148248369,
  • terpulang pada anda

  • 0 comments

    Testimoni Pengguna Vitamin E

    Info sharing hari ini adalah berkaitan kulit..info dari majalah Rapi yg saya baca
    "kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit.jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul sekian lama akan menyebabkn warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah ini meningkt dgn usia yg bertambah. Faktor seperti kerosakan kulit akibat sinaran matahari,pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang,rokok,alkohol,genetik juga memainkn peranan dalam menyebabkan kulit kusam





    Jadi bagaimana merawat kulit kusam?
    Nutrisi dalaman antara kaedah selamat efektif mudah dan murah.(berbanding laser). Apa yg kita mkn akan terserlah pada kulit kerana sebagai organ terbesar dlm bdn. Kekurangan nutrisi akn menampakkan impak pada kulit terutamanya kulit wajah.. Utk mndpt kulit wajah yg cantik,sihat, lembap, anjal berseri disyorkn amalkn mengambil suplemen asas seperti B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Ia memberi kesan segera seawal 7 hari dan mmberi faedah dari sudut kesihatan dan juga kecantikan sekaligus.
    Kaedah lain:
    • Eksfoliasi-timbunan kulit mati di bhg atas kulit perlu dilupuskn utk menyerlahkn warna dan kulit hidup yg sebenar dgn cara eksfoliasi berkala. Guna cara yg semulajadi menggunakn buahan yg mengandungi asid alfa hidroksil seperti betik nenas dan aprikot. Potong kecil2, lumatkan, ratakan dimuka, biar 20min dan bilas. lakukn 2 hari sekali.
    • Gunakan pelembap-setiap hari. guna yg mgndungi bahan yg bolemerangsangkan penghasilan kolagen di bwh kulit seperti vit c dan vit e.
    • Hidrasi kulit-apb air kurang dlm bdn, kulit akan keliatan kering dan kusam. Pastikan minum air 8 gelas sehari bg memastikan hidrasi kulit pada paras optima supaya kult lebih lembut berseri
    Jom baca testimoni

    ilyana - customer genki momma
    ".saya beli set ni atas cadangan kawan. (Suriawati)
    selepas setahun (kami berjumpa kembali) baru saya perasan perubahan pd wajah beliau. .jadi saya tak harap perubahan yg besar untuk bulan pertama ni :)..menurut beliau sendiri, perubahan terasa pd wajah lebih flawless hanya selepas setahun mencuba. beliau sendiri pun mengambil 2-3 kali trial set utk permulaan."..Owh ya, merujuk kepada soalan Ilyana di atas, sel kulit memerlukan 21 hari untuk di ganti dengan sel baru. Maka, dalam masa sebulan belum pasti akan nampak perubahan yang ketara. Walaubagaimanapun, tetap akan terdapat perubahan, antara anda sedar atau tidak. Yang pasti, wajah muka akan kelihatan berseri (tidak kusam) apabila anda mula mengambil Shaklee Set D ini.Saya sendiri selepas setahun lebih mengamalkan set ini barulah terdapat perbezaan yang jelas ketara di wajah. "Kulit awak nampak lain, compare dengan masa kita jumpa sebelum nie. Mungkin sebab dulu masih baru lagi makan vitamin. Nie nampak memang lain lah!"Nahh, walaupun sendiri memang rasa kulit muka lebih sihat (dan flawless) berbanding sebelum pengambilan vitamin, namun, apabila dipuji oleh rakan yang jarang bertemu, pastinya ia lebih menyakinkan, bukan? Apatah lagi jika kawan tersebut mempunyai kulitt yang halus mulus bak kulit telur, dan telah mengamalkan vitamin Shaklee lebih 10 tahun!


    anne - pengamal & pengedar shaklee
    "...Seorang dari kenalan ibu telah mencuba vitamin E Shaklee dan selepas beberapa bulan consume, beliau memberi testimoni kepada ibu...katanya,best la vitamin E Shaklee ni kulit saya tidak kering lagi dan tidak perlu selalu guna foundation seperti sebelum ini. Hmmm seronok ibu rasa. Hakikatnya vitamin E memang sangat bagus untuk kulit. Lebih hebat lagi kerana kandungan i.u nya mengikut keperluan iaitu 400i.u.Saya sendiri melaluinya. Zaman belajar dahulu kulit wajah saya berbintik2 merah atau jerawat halus. Bila nak period pula mulalah keluar jerawat batu. Bukan kecil tapi besar pulak tu. Kini setelah beberapa tahun, kulit saya mula bersih dan tiada lagi jerawat. Alhamdulillah time datang bulan pun tiada jerawat halus. Syukur sangat-sangat.Orang kata vitamin E juga boleh menampakkan seorang itu kelihatan muda dari umurnya, mungkin sebab itu kalau berjalan orang akan ingat Addin adalah adik ibu. Hehehe (terperasan sekejap). Kekadang apabila jalan2 dan terjumpa dengan mereka yang bermasalah kulit, nak saje ibu share dengan mereka tapi ye la, bukan semua orang beauty concious. Cuma dalam hati ibu berdoa semoga orang ini juga jumpa jalan yang baik untuk mengatasi masalah kulitnya itu. So sehingga sekarang, ibu cukup suka makan vitamin sebab kesan yang ibu dapat cukup memuaskan. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih!"


    shara - customer laila
    Teruja dengan info2 dalam blog laila, sy terus memesan Trial pack set B sebagai usaha utk menambah susuibu. Alhamdullillah, syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan, Setelah mencuba, dalam masa seminggu sy telah dapat merasakan perubahannya. Jika sebelum ini, setiap kali pam, hanya dapat 1 – 2 oz sahaja, selepas makan trial pack, sy mampu mengumpul 10 – 15 oz sehari. Susu menjadi semakin pekat dan berwarna kekuningan. Seronok tengok Amani minum susu sampai terbaring kekenyangan . Selain dari menambah susu badan, sy dapati, kulit sy semakin bersih, rambut kurang gugur, kuku berkilat dan yang paling penting, sy sentiasa rasa bertenaga walaupun tak cukup tido ( tido kul 12mlm, bangun kul 4.30pg) . Sy telah berkongsi apa yg saya rasa dengan beberapa rakan yang juga mommy2 yang tension dengan production susu yg semakin merudum, hasilnya……….mereka juga sgt berpuas hati dengan TP set B.

    Kini, sy tambah dengan
    lecithin, untuk memastikan berat badan maintain. Vitamin E, agar sentiasa nampak muda dan ceria. Yang paling best, suami kate, nampak jelita dan anggun sejak melahirkan anak ke-3 ni…….heheheh. (pujian suami yang terindah). Ada juga beberapa kawan2 yang Tanya sy mkn ape, sbb badan x naik lepas bersalin……(diorg ingat sy mkn jus mate *), rahsianya. Full pack set B +lecithin + Vitamin E
    Kredit maipilihdotcom

    Anda berminat??
    sila pm sy d Fb huda Shaklee
    @  call/sms 014 8248369
    Sepanjang Jun 2012, ada promosi Vitamin E..harga 25% lebih murah dari harga biasa
    0 comments

    Vitamin E

     SOURCE
    Vita-E Complex®

    Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

    Setiap kapsul gel lembut memberikan:
    •    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
    •    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

    Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
    Saturday, May 26, 2012 0 comments

    GLA MARVELLOUS



    Bulan Mei banyak entry bolg saya tentang suplemen Gla ni...

    sebab bulan ni ada promosi GLA..
    Jangan ketinggalan dapatkan gla dengan HARGA RUNTUH..ada FREE GIFT YANG HEBAT, dengan setiap pembelian sebotol gla ..tertakluk pada terma & syarat ye kawan kawan  :"))

    Evening Primrose Oil (EPO) adalah antara supplement yang biasa didengari dan diambil oleh wanita. Saya juga pernah mengambilnya satu ketika dahulu dengan tujuan untuk kecantikan kulit serta masalah kitaran haid. Namun apa yang kita tidak tahu ialah bukan bahan EPO itu sendiri yang membantu dalam permasalahan wanita. Sebaliknya adalah bahan bernama Gamma Linoleic Acid (GLA) yang diekstrak daripada bunga Primrose Oil itu yang memainkan peranan penting.
    Jika ada yang mencari supplement EPO di dalam rangkaian product Shaklee pasti tidak akan berjumpa jika anda mencari dengan kata kunci "EPO". Shaklee memberikan penggunanya hanyalah yang terbaik. Oleh kerana itu, product yang dihasilkan diberi nama GLA COMPLEX kerana apa yang utama adalah GLA itu sendiri.

    kredit 
    ________________________________________________________________

    gla memang best...nak tau best ke tak, baca dulu testimoni di bawah ye..petikan dari grup gbs shaklee.

      • Azrin Mohd pengalaman saya sendiri...lepas konsisten mkn GLA period mmg teratur..dulu mkn ikut ingat jer..hehehe..period mmg ke laut..lebih2 lg kita bf kan...tp lepas betul2 konsisten, period teratur :


      • Azrin Mohd yup...jeragat kurang..hehehe.....mmg perubahan pada kulit muka :




      •  
        Syafiza Othman Saya jeragat + parut2 pmbawakn baby dulu dh pudar byk..

      •  
         

      •  Azrina Mohd Tajul Ariffin Saya ad beberapa testimoni. Saya mkn selepas operation buang batu hempedu


      • Azrina Mohd Tajul Ariffin Untuk perbetulkan hormon di mana saya dah jarang moody, marah2, migrane pun lenyap. Utk customer says pula dia alami masalah parut jerawat dan selepas amalkan set D dia kata muka dia dah x kusam dan parut2 tu kelihatan kurang. Seorg lagi customer saya amalkan  
                         senggugut dia dah kurang

      • Iela Nazrin sy pn dh try GLA , dh sgt berkesan utk period yg tidak teratur...sng nk rancang..heheh



      • Azrina Mohd Tajul Ariffin Ila...period dah OK ke skrg




      • Iela Nazrin Azrina Mohd Tajul Ariffin Along, alhamdulillah ok sudaa..ari tu risau sb cm lewat rupanya ikut tarikh yg period panjang tu..tp cm biasa la period 2,3 hari jer x sma mcm x nyusu dlu 10hari..lg teruk..


      • Iffah Anuar adik kata lepas makan GLA..kalo dulu period pain sakit 7/10 now dah 3/10..



      • Yusrina Hata terbaik! Kalau Cik Arnie Ajied suka vitamin E, saya sukakan GLA


      • Norita Idris One of my feveret vit...suami siap cakap muka always glowing....hehhehehe.


      •   Chrysalis Nurul
        saya baru try GLA 1dec aritu...alhamdulillah setakat ni memang nampak kesannya...kalau dr segi kulit tu,belum nampak lg la...tapi dr segi period circle...memang nampak kesan..sy ni dan 4bulan

        lebih period mesti seminggu sekali..sampai risau... dibuatnya...period sket2,sekejap2..sampai confius period ke ape...hehe..n now,dr 1dec aritu sy ambil,skrg dh masuk 20hari...dh takde dh period seminggu sekali tu...memang clean..nk tengok kitaran haid bulan ni n bulan depan pulak mcm mana...harap2 pasni kitaran jdi betul....senang nk merancang...saya makan sebiji sehari sebelum tidur..:-)



      • Yusrina Hata kak Norita Mohd Idris, saya pula memamng perasan muka glowing. tak perlu berbedak! ahaks
      •    


      • Iela Nazrin Chrysalis Nurul sama cm kes sy jga tu..setiap mggu ada period sket2..bila amik GLA mmg dh x jd cmtu dah..rupanya ada geng erkk..



      • Chrysalis Nurul Azilah A Rashid : aah..sy ade perasan gak aritu awak citer pasal period kat KIM..hehe....memang okay dah skrg..takde dh kuar seminggu sekali...kalau dulu,mmg stress sbb kejap2 period...pastu sket bebenor...memang tension...hehe..skrg tak lagi...mudah-mudahan period circle makin teratur pasni...:-)

        Rabiatuladawiyah Harun Alhamdulillah, dh 4 bulan sy amalkan GLA, ada juga terskip, period sy dah kembali teratur, tak lewat2 lagi...jerawat pun mmg susah nak naik walaupun masa period...memang best la...GLA dan oste yang paling wajib saya makan ^^

      • Farah Aziz saya same mcm skrg period da tak da kuar jerawat..alhamdulillah..ka
    lu tak dulu...mesti kuar and besar lak tue...huhu


  • Aini Hayati Luey just for sharing, saya ada terbaca yg gabungan minyak GLA dgn vitamin E bgs utk atas PMS. Since GLA Complex shaklee mmg dah lengkap dengan vitamine E, maybe sebab tu ramai yg dapati period pain berkurang dgn pengambilan GLA Complex..

    Cmz Mai sy pon baru mkn GLA dlm sebulan camtu ...mmg bagus utk kecantikan kulit ..period x perasan coz mmg normal ..cumaa kulit telinga sy yg bersisik tu jadi licin .superb laaa !

    •   Yati Napi saya sama macam Azrin Mohd...period memang ke laut sejak lepas bersalin...lps cuba GLA, barulah on time tiap bulan dapang..plus jeragat dah semakin menghilangkan diri...eheheh.
    ______________________________________________________

    Haa  tu diaa....menarik bukan feedback dari penguna2 gla?
    Sekiranya anda berminat sila pm saya d fb Huda Shaklee
    @ sms/call di talian 0148248369

  •  
    ;